Medical Card Takaful AIA Tipu dan Ejen Menipu

Banyak hal Takaful & Insurans terutamanya melibatkan medical card, kita dengar kes Tipu, Menipu, Tertipu dan Ditipu. Contoh cerita-cerita :

  • Medical Card tipu. Bayar mahal-mahal, bila nak guna tak boleh.
  • Agen menipu, janji bulan bintang. Bila nak guna ini reject, itu reject.
  • Kakak aku ditipu, claim tak dapat. Nasib baik aku tak ada Takaful.
  • Baik simpan sendiri dari tertipu.

Apakah realiti disebalik cerita-cerita ini? Apakah benar ianya berlaku? Salah siapa sebenarnya?

Kami mengkaji setiap kes dan mendapati ia kebiasaannya melibatkan dua pihak, ejen dan pengguna. Kebiasaannya juga, ia berlaku akibat salah faham dan salah fakta apabila mengambil sebarang Pelan Takaful. Pihak Syarikat Takaful telah mengeluarkan hitam dan putih. Akan tetapi, kesan akibat kurang kefahaman tentang isi polisi, menyebabkan anda merasa tertipu dan seterusnya menjadi perbualan hangat dikalangan orang awam, termasuk mereka yang mempunyai Polisi Takaful mahupun yang masih belum ada Polisi Takaful.

Disini, kami merungkai 10 langkah yang perlu dibuat sebelum anda mengambil apa-apa Polisi Pelan Takaful terutamanya Medical Card (Kad Perubatan), supaya anda tidak lagi tersalah pilih, tidak lagi ragu, dan tidak lagi rasa ditipu.

10 Langkah Supaya Anda Tidak Lagi Ditipu

1. Pilihan Syarikat & Harga Pelan

Terdapat 15 Syarikat Takaful di Malaysia buat masa ini. Setiap syarikat memperkenalkan pelan takaful masing-masing dengan harga yang berbeza. Setiap syarikat mempunyai kekuatan produk yang tersendiri. Jadi, bagaimana cara terbaik untuk memilih? Salah satu caranya adalah dengan menghubungi hospital berdekatan, tanya syarikat mana yang terbaik. Mereka biasa mengendalikan kes-kes tuntutan.

2. Sahkan Penyakit Sedia Ada

Semasa mendaftar pelan takaful, pastikan anda menyenaraikan segala penyakit sedia ada beserta tarikh penyakit diketahui. Pastikan ejen anda mengetahui dan ianya dilampirkan semasa pendaftaran dibuat. Apabila ia dilampirkan, pihak syarikat akan meminta anda membuat ‘Medical Check-Up’. Hanya perlu pergi di panel dan bawa surat. Di AIA, proses ini adalah percuma.

Ada 4 kemungkinan yang akan berlaku, samaada :

  • Pendaftaran anda diterima seperti biasa.
  • Pendaftaran anda ditolak, segala kos yang diberi semasa mendaftar akan dipulangkan kembali.
  • Polisi anda berjalan dengan pengecualian penyakit-penyakit tersebut (Exclusion – Penyakit lain dilindungi. Penyakit sedia ada tidak dilindungi). 
  • Yuran caruman akan dinaikkan.
3. Teliti Senarai Penuh Perlindungan

Setiap item di dalam quotation atau sebut harga atau proposal perlulah diteliti dan diberi perhatian sepenuhnya. Ia bagi mengelakkan tiada salah faham di kemudian hari. Kemungkinan terma dan istilah terlalu sukar untuk difahami. Anda boleh bertanya kepada ejen tentang detail perlindungan tersebut. Pastikan jumlah pampasan atau tuntutan mengikut keperluan anda, bukan mengikut kehendak ejen.

4. Semak Had Bilik Harian, Had Tahunan dan Had Seumur Hidup

Jika anda mendaftar dan memiliki Medical Card, pastikan anda mengetahui 3 Had ini. Had ini sangat penting bagi menentukan samaada pelan ini sesuai untuk anda atau tidak.

  • Had Bilik Harian : Anda mempunyai Medical Card dengan had bilik harian RM150, tetapi di Hospital Panel harga bilik sehari adalah RM180. Ini bermakna anda perlu tambah RM30 untuk setiap hari anda berada dihospital. Maka, pastikan anda buat sedikit kajian bilik mana yang sesuai dengan bajet anda.
  • Had Tahunan : Ia adalah had berapa jumlah kos perubatan yang akan dilindungi dalam tempoh 1 Tahun. Jika ianya telah habis digunakan, anda perlu mengeluarkan kos sendiri sebagai tambahan kepada had ini.
  • Had Seumur Hidup : Terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan polisi Had Seumur Hidup tertakhluk kepada sekian-sekian amaun. Di AIA, Had Seumur Hidup adalah ‘unlimited’. Jika anda habis guna Had Tahunan pada tahun tersebut, untuk tahun seterusnya, ia akan di’reset’kan kembali ke nilai asal. 
5. Ambil Tahu Waiting Period Atau Tempoh Menunggu

Setelah mendaftar, Syarikat Takaful akan memberi satu tempoh yang dinamakan Waiting Period. Kebiasaannya, 120 hari. Semak polisi apakah detail-detail berkenaan waiting period ini. Hubungi ejen anda untuk maklumat lebih lanjut.

6. Semak Bayaran Pendahuluan Ko-Takaful, Ko-Insurans dan Deduktibel

Sudah menjadi lumrah, setiap Medical Card pada hari ini mempunyai salah 1 dari item-item ini. Malah ada yang perlu bayar kesemuanya. Ambil tahu agar anda tidak merasa tertipu apabila mendengar “Ada Medical Card, boleh masuk Hospital tanpa sebarang cas.” 

7. Semak Kenaikan Harga Caruman

Sebarang Polisi Takaful dan Insurans berkaitan Medical Card AKAN mengalami peningkatan harga. Ini adalah disebabkan kos rawatan di hospital semakin tinggi. Sentiasa buat semakan terhadap caruman polisi anda agar ianya sentiasa dibayar dengan caruman yang tepat mengikut harga terkini.

8. Sentiasa Semak Polisi Takaful (Policy Review)

Kami menyarankan agar anda membuat Policy Review setiap 3 bulan. Hanya perlu buka buku polisi dan buat sedikit ulang kaji, agar anda tidak terlupa detail-detail di dalam polisi anda. Dari semakan ini juga, anda akan mengetahui samaada polisi sedia ada keperluannya masih mengikut keperluan semasa, atau perlu ditambah atau perlu dikurangkan.

9. Elakkan Policy Lapsed dan Overdue

Dari hasil penyelidikan kami, masalah ini adalah masalah terbesar Rakyat Malaysia dalam isu Takaful dan Insurans. Kebanyakan kes tuntutan di’reject’ adalah disebabkan masalah ini. Antara yang melibatkan kes ini adalah seperti :

  • Polisi tidak dibayar dan telah terhenti secara sedar atau tidak, tetapi masih mahu membuat tuntutan. 
  • Polisi tidak dibayar dengan konsisten yang menyebabkan ada tunggakan. 
  • Polisi sentiasa dibayar lewat dari tempoh yang ditetapkan.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku, pastikan anda sentiasa menyemak pembayaran caruman anda agar ianya dibayar tepat pada masanya. Pastikan anda menyimpan dan menyemak penyata caruman dari masa ke semasa.

10. Pilih Ejen Atau Perunding Takaful Yang Berpengalaman

Ejen juga salah satu faktor masyarakat melabel AIA Takaful Tipu. Pemilihan ejen haruslah dititikberatkan. Mungkin nampak remeh di mata sebahagian masyarakat, hanya sekadar menjual. Tetapi, ejen anda mestilah seorang yang mampu membantu anda ketika anda memerlukan. Bukan hanya pandai berbicara, pilihan harus dibuat berdasarkan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan ejen tersebut dalam bidang Takaful dan Insurans. 

Kesimpulannya, semoga anda dapat membantu diri anda dalam mendapatkan Pelan Takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga. Tidak kiralah syarikat mana samaada AIA atau selainnya yang mengeluarkan Pelan Takaful Hibah atau Pelan Takaful Medical Card, jika anda betul-betul menelitinya dengan jitu, anda tidak lagi akan merasa “AIA Takaful Tipu”. Malah ianya akan menjadi satu usaha dari anda sendiri yang kelak membantu anda untuk hari-hari akan datang.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma