Tahniah! Anda sudah mempunyai medical card AIA. Tetapi anda mungkin khuatir, bagaimana nak guna jika berlaku musibah yang menyebabkan anda perlu dimasukkan ke Hospital. Jika anda belum memilikinya, rujuk di sini.
Sebelum anda menggunakan medical card, beberapa perkara perlu disahkan dahulu agar segala tuntutan kemasukan hospital berjalan dengan lancar :
- Status Polisi
- Pastikan ia tidak tertunggak (overdue) atau polisi telah luput (lapsed).
- Jenis Medical Card
- Pastikan samaada ia boleh digunakan di hospital panel sahaja atau hanya di klinik panel sahaja atau boleh digunakan di hospital dan klinik panel. Pastikan juga anda tahu had harga bilik harian.
- Ketahui Hospital Panel Yang Sah
- Tidak semestinya semua hospital swasta adalah panel bagi medical card anda. Rujuk di sini untuk senarai penuh Panel AIA.
- Waiting Period (Tempoh Menunggu)
- Pastikan anda tahu apa jenis penyakit yang dilindungi dalam tempoh 120 hari pertama, selepas 120 hari dan sebelum 2 tahun. Rujuk detail Waiting Period untuk keterangan perkara ini.
- Hubungi Ejen Anda Sebagai Persediaan
- Sebelum membuat sebarang kemasukan atau tuntutan hospital, pastikan anda menghubungi ejen medical card anda. Ejen anda akan menguruskan sebarang kesulitan tuntutan jika berlaku sepanjang proses rawatan.
Setelah perkara-perkara diatas telah disahkan, anda perlu mengikuti langkah-langkah dibawah agar kemasukan ke hospital dapat berjalan dengan lancar.
4 Langkah Mudah Menggunakan Medical Card AIA
1. Mulakan dengan Pemeriksaan di Klinik Panel AIA
Rujuk senarai klinik panel AIA di sini. Jumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara detail. Minta doktor sahkan sama ada penyakit tersebut memerlukan rawatan susulan di hospital atau tidak. Jika tidak perlu (tidak kritikal), anda hanya perlu dapatkan ubat dan buat rawatan serta berehat di rumah.
Sekiranya perlu rawatan susulan hospital, dapatkan Surat Rujukan (Refer Letter) dari doktor. Sebaiknya anda beritahu juga hospital mana anda selesa untuk anda berurusan mendapatkan rawatan.
Kos pemeriksaan dan rawatan di klinik perlu dibiayai sendiri. Kebiasaannya RM30 ke RM50.
Perhatian : Langkah ini tidak diperlukan sekiranya berlaku kes-kes Kemalangan atau Penyakit Kritikal seperti Serangan Jantung atau Strok. Anda boleh terus ke Hospital Panel, Bahagian Kemalangan (Emergency).
2. Terus ke Hospital Panel
Setibanya di Hospital Panel, anda perlu ke Kaunter Pendafaran Kemasukan (Admission). Sesetengah Hospital Panel mempunyai Kaunter Khas untuk Pemegang Polisi AIA. Tunjukkan Surat Rujukan (Refer Letter). Beritahu juga anda mempunyai Medical Card AIA. Bahagian Admission akan menguruskan sesegera yang mungkin termasuk dalam mendapatkan Surat Jaminan (Guarantee Letter) dari AIA.
3. Pengesahan Surat Jaminan (Guarantee Letter)
Sejurus Guaratee Letter dikeluarkan, anda akan diuruskan oleh pihak Hospital untuk kemasukan ke wad dan mendapatkan rawatan terbaik sesegera yang mungkin.
Sesetengah Hospital akan minta Deposit Tunai sebelum anda dimasukkan ke Wad. Bagi mengelakkan perkara ini, kami syorkan anda pilih Platinum Hospital AIA.
Sekiranya Guarantee Letter anda mempunyai masalah, hubungi ejen anda untuk bantuan lanjut. Dan, sebaiknya selesaikan dulu masalah Guarantee Letter sebelum masuk ke wad untuk mengelakkan anda menanggung sepenuhnya kos rawatan di hospital.
4. Setelah Selesai Rawatan Hospital
Tahniah, segala rawatan anda telah selesai. Dapatkan bil, semak bil dan simpan bil anda jika perlu.
Sekiranya ada rawatan susulan diperlukan dari masa ke semasa, anda boleh teruskan proses tersebut dengan menggunakan kaedah Bayar dan Buat Tuntutan (Pay and Claim). Bermakna, semasa rawatan susulan, anda perlu bayar dahulu, dapatkan bil dan buat tuntutan kepada pihak AIA. Hubungi ejen dan minta ejen anda untuk uruskan tuntutan tersebut sesegera yang mungkin.
Semoga langkah-langkah dan cara guna Medical Card AIA ini membantu anda dalam memudahkan proses mendapatkan rawatan sebaik mungkin dan secepat mungkin jika berlaku musibah kepada anda.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda