Semua orang tahu Takaful adalah penting untuk dimiliki. Tapi, bila nak daftar Takaful tak pasti sama ada perlukan Ejen (Agent) atau tak perlukan Ejen. Dalam erti kata lain, bypass ejen, hanya ambil secara online. Dengan alasan, zaman ini dah tak perlu Ejen, zaman yang semuanya boleh buat sendiri. Membazir duit bayar ke Ejen.

Daftar Takaful Melalui Ejen (Agent) atau Online. Mana Lebih Baik?

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang :

  1. Daftar Takaful Melalui Ejen. Apa Kebaikan dan Apa Keburukannya.
  2. Daftar Takaful Terus Melalui Online Tanpa Ejen. Apa Kebaikan dan Apa Keburukannya.
  3. Yang Mana Lebih Sesuai? Pilih Ejen Atau Tanpa Ejen (Secara Online).

Keterangan setiap poin adalah seperti di bawah.

Daftar Takaful Melalui Ejen

Tugas Ejen Takaful pada asasnya untuk membimbing, menerangkan proses pendaftaran dan membantu anda semasa proses tuntutan semua yang berkaitan tentang Takaful dan Perancangan Kewangan.

Kelebihan Daftar Takaful Melalui Ejen

Ejen yang berpengalaman, pakar, professional dan berpengetahuan tinggi akan membantu anda dalam menerangkan tentang Asas Takaful serta Perancangan Kewangan, bukan hanya tertumpu kepada harga Pelan Takaful tertentu semata.

Mereka akan menganalisa kewangan anda dahulu, menerangkan baik dan buruk, menerangkan kesesuaian pelan yang perlu didahulukan sesuai dengan keperluan anda, membuat proposal dan sebutharga sesuai dengan keperluan, menguruskan pendaftaran yang boleh memudahkan anda, menjawab soalan-soalan dengan sangat teliti dan mudah difahami, serta menguruskan tuntutan secara tersusun dalam kadar yang pantas.

Keburukan Daftar Takaful Melalui Ejen

Ringkasnya, Kos Takaful akan jadi lebih tinggi. Kos Takaful menggunakan ejen akan disertakan yuran wakalah (komisyen dan pengurusan) yang sedikit mahal.

Daftar Takaful Terus Melalui Online Tanpa Ejen

Tidak dinafikan pada zaman ini terdapat banyak platform untuk anda memiliki polisi Takaful tanpa melalui orang tengah (Ejen). Banyak syarikat menawarkan pendaftaran melalui Laman Web dan Apps mereka. Anda hanya perlu pergi ke Laman Web dan Apps daftar secara sendiri.

Kelebihan Daftar Takaful Melalui Online Tanpa Ejen

Antaranya, anda boleh meneroka dan mendaftar pada bila-bila masa tanpa menunggu jawapan dari ejen atau sesiapa sahaja. Kaedah ini juga mengurangkan potensi anda untuk ditipu oleh Ejen baik sama ada anda kenal atau tidak. Anda boleh buat perbandingan secara meluas dan lebih tepat mengikut kehendak anda sendiri tanpa memerlukan pendapat orang lain.

Dan, oleh sebab tiada ejen, jadi kos Takaful akan lebih murah berbanding yang menggunakan Ejen.

Keburukan Daftar Takaful Melalui Online Tanpa Ejen

Disebabkan anda tidak ada pengalaman dan kemahiran dalam menentukan Takaful mana yang sesuai, mungkin anda akan tersilap daftar Takaful. Ini perkara yang biasa berlaku dikalangan masyarakat umum.

Kekeliruan antara keperluan dan kehendak kadang kala tidak dapat dibezakan disebabkan tiada bimbingan professional. Banyak terma dan syarat yang mungkin anda tidak jelas dan tidak faham, mungkin menyebabkan anda tersalah pilih pelan Takaful.

Tidak dinafikan alat seperti Laman Web dan Aplikasi (Apps) makin canggih. Namun, tanpa sentuhan peribadi yang mampu menerangkan anda secara manusia sering kali menyebabkan anda gagal dalam perancangan kewangan yang sesuai. Soalan-soalan yang tertera di Laman Web dan Aplikasi adalah sangat terhad. Ia adalah soalan-soalan lazim yang kebiasaannya tidak selaras dengan keperluan anda.

Yang Mana Lebih Sesuai? Pilih Ejen Atau Tanpa Ejen (Secara Online)

Apabila anda nak mendapatkan atau mendaftar pelan Takaful, pertimbangkan :

  1. Tahap Pengetahuan Anda. Adakah anda memahami asas Takaful, atau adakah anda perlukan bimbingan? Jika anda betul-betul memahaminya, anda boleh terus ambil Takaful secara online. Jika anda belum betul-betul memahami dan perlukan bimbingan, lebih baik dapatkan Ejen supaya ianya lebih jelas mengikut keperluan anda.
  2. Tahap Keperluan yang unik. Jika anda mempunyai keadaan kewangan atau keluarga yang unik, ejen mungkin lebih sesuai. Mereka akan menjelaskan lebih detail dan terperinci.
  3. Ukuran Bajet. Jika bajet anda terlalu kecil, anda boleh mendapatkan Takaful melalui Online. Tetapi anda perlu buat kerja yang lebih dari segi analisa kewangan, pendaftaran dan tuntutan secara sendiri tanpa melalui orang lain. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, boleh dapatkan ejen yang berpengalaman.
  4. Keutamaan untuk mendapatkan Penasihat Peribadi khusus dalam Kewangan. Mendapatkan Ejen Takaful adalah satu keistimewaan. Anda seolah-olah telah melantik seorang Pembantu Peribadi yang dia akan menguruskan semua perihal berkaitan Takaful, menjadi Penasihat Kewangan Peribadi dan menjadi Penasihat Harta Pusaka anda.
  5. Keselesaan dengan Teknologi IT. Platform dalam talian memerlukan sedikit kebiasaan dengan kemahiran digital. Anda perlu tahu selok belok dari mula mengkaji, membuat perbandingan secara terperinci dan memilih yang mana paling sesuai dengan anda.

Kesimpulan

Kami masih berpendapat ejen sangatlah diperlukan untuk masyarakat pada masa ini atas beberapa sebab. Antaranya, kemahiran dan pengetahuan tentang masyarakat belum lagi betul-betul mahir terutamanya berkaitan Takaful. Antara yang lain, masyarakat masih lagi keliru yang mana perlu didahulukan.

Majoriti masyarakat di Malaysia memikirkan Pelan Medical Card lebih penting dari Pelan Hibah. Jawapannya ya, tetapi untuk anak, bukan untuk ketua keluarga dan pasangannya. Untuk mereka yang sudah berkeluarga, Pelan Hibah dan Pelan Penyakit Kritikal amatlah penting dan perlu diutamakan.

Jika kos menjadi ukuran. Ketahuilah, perbandingan kos antara ada ejen dan tanpa ejen amatlah kecil. Tidak salah untuk anda melantik Ejen yang boleh menjawab soalan anda lebih baik dari robot (online) yang masih banyak lagi kekurangannya pada masa ini.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda