Isi Kandungan
- Faedah Asas & Detail Pelan Medical Card AIA
- Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Medical Card AIA
- 2 Jenis Pelan Medical Card AIA
- Mengapa Anda Wajib Memiliki Medical Card AIA Pada Tahun 2026?
- Kelebihan Eksklusif Medical Card AIA
- Panduan Memilih Had Harga Bilik (Room Board) Yang Tepat
- Soalan Lazim (FAQ) Berkenaan Medical Card AIA
- Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Medical Card AIA (Kad Perubatan) adalah Pelan Takaful yang melindungi kewangan anda sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan Penyakit atau Kemalangan.

Dengan adanya Medical Card AIA, segala kos perbelanjaan rawatan di hospital (tidak termasuk Deduktibel atau Ko-Takaful) akan di tanggung oleh AIA (tertakhluk kepada terma dan syarat).
Miliki Pelan Medical Card Takaful AIA Bermula dengan Harga Serendah RM69.66 sebulan sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.
Faedah Asas & Detail Pelan Medical Card AIA
| Perlindungan Asas Pelan Medical Card AIA | |
|---|---|
| Umur Pendaftaran | 14 Hari Sehingga Umur 70 Tahun |
| Melindungi Sehingga Umur | 100 Tahun |
| Had Seumur Hidup | Tiada Had |
| Fleksibiliti Pelan Medical Card AIA | |
|---|---|
| Pilihan Penjimatan Kos | Deduktibel RM500 / Smart Deduktibel RM500 |
| Pilihan Had Harga Bilik (Harian) | RM180 / RM250 / RM350 |
| Had Tahunan | RM180,000 / RM250,000 / RM350,000 |
| Pilihan Tambahan Booster Had Tahunan | Untuk Bilik RM250 / RM350 |
|---|---|
| Had Tahunan Booster Bilik RM250 | RM1 Juta |
| Had Tahunan Booster Bilik RM350 | RM1.5 Juta |
| Penjagaan Dalam Hospital (Wad) | |
|---|---|
| 1. Had Harga Bilik (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun) | RM180 / RM250 / RM350 |
| 2. Unit Rawatan Rapi (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun) 3. Yuran Berkaitan Semasa Dalam Hospital |
Mengikut Had Tahunan |
| Penjagaan Luar Hospital (Pesakit Luar) | |
|---|---|
| 1. Pra-Penghospitalan (60 Hari Sebelum Diwadkan) 2. Selepas Penghospitalan (150 Hari Selepas Rawatan Di Wad) 3. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Dan Kanser Pesakit Luar 4. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (Termasuk Rawatan Pergigian) Dan 30 Hari Rawatan Susulan |
Mengikut Had Tahunan |
| 5. Rawatan Pesakit Luar (untuk Setiap Tahun) • Bronkitis, Influenza, Denggi dan Pneumonia |
RM3,000 / RM4,000 / RM6,000 |
| Penjagaan Tambahan | |
|---|---|
| 1. Penjagaan Home Nursing (Had Seumur Hidup 180 Hari) | RM3,000 / RM4,000 / RM6,000 |
| 2. Pemindahan Perubatan Kecemasan Dan Penghantaran Balik | USD 1 Juta |
| 3. Faedah Elaun Tunai Wad Jika Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Minima 5 Hari atau Diwadkan Minima 15 Hari | RM10,000 (Maksima 2 Kali Tuntutan) |
Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Medical Card AIA
Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan kalkulator dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.
Nota: Harga sumbangan (caruman) di atas tidak termasuk Faedah Tambahan Booster Had Tahunan. Harga juga ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur, jantina, jenis pekerjaan, status merokok dan tahap kesihatan semasa.
Perlukan Bantuan / Penerangan Pelan ini Secara Percuma?
Jangan risau. Kami sedia membantu. Hanya Klik di sini!
2 Jenis Pelan Medical Card AIA
Anda boleh pilih sama ada Deduktibel RM500 (tanpa Smart Option) Atau Smart Option Deduktibel RM500.
1. Medical Card Deduktibel RM500
Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card AIA sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital, untuk satu penyakit/musibah.
2. Medical Card Smart Option Deduktibel RM500
Pilihan ini mengurangkan kos caruman sebanyak 20%. Dengan memilih pilihan ini, anda perlu mengikuti dan menuruti langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam Smart Journey AIA.
Juga, Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital Smart, untuk satu penyakit/musibah.
Yang Mana Jenis Medical Card Paling Baik?
Pada asasnya, kedua-dua pilihan mempunyai elemen yang sama iaitu, Deduktibel sebanyak RM500. Cuma yang membezakan adalah elemen Smart.
Medical Card dengan Pilihan Smart (Smart Option) adalah lebih murah berbanding medical card tanpa pilihan Smart. Namun, ia memerlukan anda untuk mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh Smart Journey AIA. Juga, jenis panel baik Klinik mahupun Hospital mestilah tertakhluk kepada senarai Panel Smart AIA.
Bagi mereka yang tidak kisah dan setuju dengan mengikuti langkah-langkah serta prosedur ini, pilihan Smart Deduktibel RM500 adalah bersesuaian.
Bagi mereka yang memikirkan ia suatu tindakan yang bakal merumitkan keadaan atau melecehkan, maka mereka lebih sesuai dengan pelan medical card Deduktibel RM500 tanpa pilihan Smart.
Logik Had Penggunaan Medical Card
Rekod menunjukkan 95% Jumlah Tuntutan untuk Rawatan di Hospital kurang dari RM180,000 setahun. Jadi, tidak salah untuk anda mengambil Pelan Medical Card Bilik 180 dengan Had Tahunan RM180,000.
Perlu diingatkan juga, Pelan Medical Card bukan untuk mendapatkan rawatan yang mewah dan selesa. Tetapi ia lebih kepada berapa cepat untuk anda mendapatkan dan menyelesaikan rawatan sekiranya anda dimasukkan ke Hospital. Yang penting, ianya wajib ada dan berkadar dengan keperluan dan kemampuan bukan mengikut kemahuan dan kehendak.
Mengapa Anda Wajib Memiliki Medical Card AIA Pada Tahun 2026?
Dalam mendepani cabaran ekonomi dan kenaikan kos sara hidup pada tahun 2026, aspek penjagaan kesihatan merupakan antara elemen yang paling kritikal untuk dilindungi. Hakikat yang tidak boleh dinafikan hari ini adalah masalah inflasi perubatan (medical inflation). Kos perubatan di hospital swasta meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan setiap tahun. Rawatan untuk penyakit-penyakit biasa atau pembedahan major yang dulunya memakan kos belasan ribu ringgit kini boleh mencecah puluhan bahkan ratusan ribu ringgit.
Di sinilah pelan Medical Card AIA daripada AIA Public Takaful memainkan peranan yang sangat penting. Dengan melanggan pelan perubatan patuh syariah ini, anda bukan sahaja membeli kad perubatan, tetapi anda sebenarnya sedang ‘membeli’ ketenangan minda. Simpanan wang titik peluh anda yang dikumpul bertahun-tahun di dalam bank, ASB, mahupun Tabung Haji tidak sepatutnya dileburkan dalam sekelip mata hanya untuk membayar bil hospital yang di luar jangkaan. Memiliki pelan medical card seperti ini memastikan sebarang musibah kesihatan tidak akan memusnahkan kestabilan kewangan keluarga anda.
Selain itu, kesedaran orang ramai tentang kesihatan semakin tinggi, yang menyebabkan hospital-hospital kerajaan sentiasa berdepan dengan kesesakan. Waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan pakar mahupun pembedahan di hospital awam mungkin mengambil masa berbulan-bulan. Dengan A-Life MediFlex-i, anda mempunyai pilihan serta kebebasan untuk mendapatkan rawatan segera, pantas, dan selesa di rangkaian hospital swasta panel AIA di seluruh negara.
Kelebihan Eksklusif Medical Card AIA
Perlindungan Pesakit Luar Khusus (Denggi, Influenza, Bronkitis, Pneumonia)
Satu kelebihan yang sangat unik pada pelan A-Life MediFlex-i adalah liputan rawatan pesakit luar (Outpatient) untuk empat jenis penyakit berjangkit yang sangat kerap berlaku di Malaysia iaitu Denggi, Influenza, Bronkitis, dan Pneumonia. Kebanyakan kad perubatan di pasaran hanya menanggung kos rawatan jika anda dimasukkan ke wad (Admitted). Namun dengan AIA, anda boleh membuat tuntutan sehingga RM6,000 (bergantung kepada pelan) untuk rawatan pesakit luar di klinik mahupun hospital bagi penyakit-penyakit ini tanpa perlu ditahan di wad.
Tiada Had Seumur Hidup (No Lifetime Limit)
Berbanding kad perubatan generasi lama yang mengehadkan nilai tuntutan maksimum sepanjang hayat (contohnya terhad kepada RM1 Juta seumur hidup), pelan ini memberikan anda ketenangan tanpa batasan dengan Tiada Had Seumur Hidup. Walaupun anda telah membelanjakan jutaan ringgit untuk kos rawatan, pelan ini akan terus melindungi anda asalkan ia masih di bawah Had Tahunan.
Pilihan Booster Had Tahunan (Annual Limit Booster)
AIA memahami bahawa sesetengah individu mahukan perlindungan premium sebagai persediaan jika diuji dengan penyakit yang memerlukan kos yang sangat besar, seperti rawatan kanser atau strok. Dengan membuat pilihan Bilik RM250 atau RM350, anda berpeluang menambah ‘Booster’ yang akan melonjakkan had perlindungan tahunan anda sehingga RM1 Juta dan RM1.5 Juta setiap tahun!
Konsep Patuh Syariah Sepenuhnya
A-Life MediFlex-i merupakan produk yang dilancarkan di bawah AIA Public Takaful. Ia beroperasi menggunakan prinsip Tabarru’ (derma) di mana peserta saling membantu antara satu sama lain ketika ditimpa musibah. Wang caruman anda diuruskan dalam dana yang dijamin bebas daripada elemen Riba, Maisir (judi), dan Gharar (ketidakpastian yang tidak dibenarkan).
Panduan Memilih Had Harga Bilik (Room Board) Yang Tepat
Memilih had harga bilik selalunya mengelirukan pelanggan baharu. Berikut adalah panduan ringkas bagi membantu anda membuat pilihan yang bijak:
Bilik RM180: Ini adalah pilihan yang paling praktikal dan mesra bajet. Dengan RM180 sehari, ia sudah mencukupi untuk membiayai bilik berdua (Double Beded) atau berempat (Four Beded) di kebanyakan hospital panel. Had tahunan RM180,000 adalah sangat mencukupi untuk 95% kes kemasukan wad di Malaysia.
Bilik RM250: Sesuai untuk mereka yang inginkan privasi lebih. Harga bilik RM250 sehari biasanya membolehkan anda menginap di Bilik Perseorangan (Single Room) di hospital swasta pertengahan. Pilihan ini juga lebih berbaloi kerana ia membuka ruang kepada anda untuk mengambil pilihan Booster Had Tahunan sehingga RM1 Juta.
Bilik RM350: Ini adalah untuk mereka yang mahukan keselesaan tahap optimum dan perlindungan VIP. Harga bilik RM350 sehari melayakkan anda untuk bilik perseorangan yang selesa walaupun di hospital swasta premium di tengah ibu kota.
Soalan Lazim (FAQ) Berkenaan Medical Card AIA
Berikut adalah soalan yang biasa menjadi persoalan kekeliruan yang berlaku bagi ramai orang :
Bertindak Sekarang!
Jangan tunggu sehingga kesihatan mula merosot atau musibah tidak terjangka menimpa untuk bertindak, kerana perlindungan Takaful hakikatnya hanya boleh ‘dibeli’ dengan kesihatan, bukan sekadar wang ringgit. Lindungi diri, hargai keluarga, dan selamatkan simpanan masa depan anda daripada bebanan inflasi perubatan yang semakin meruncing. Dapatkan pelan Medical Card AIA A-Life MediFlex-i hari ini untuk ketenangan minda yang sebenar melalui pelan perlindungan yang komprehensif, mampu milik, dan patuh syariah. Hubungi kami segera untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan sebut harga yang disesuaikan khas mengikut keperluan serta bajet kewangan anda!
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda