Biasa kita dengar keluhan berkenaan kadar harga caruman takaful yang berubah makin naik dan makin mahal. Istilah ‘Repricing’ selalu menjadi perkara yang membebankan tidak kira pelanggan lama mahupun pelanggan baru. Apakah realitinya?
Kenalpasti Dahulu 2 Jenis Pelan Takaful Yang Utama
1. Pelan Takaful Hibah
Pelan jenis ini sama sekali tidak akan mengalami kenaikan harga. Kerana, pelan ini tidak melibatkan faktor inflasi kewangan negara.
2. Pelan Medical Card
Pelan jenis ini kemungkinan besar akan berlaku kenaikan harga. Kerana, Medical Card melibatkan sektor hospital. Kadar Inflasi hospital termasuk kos rawatan, caj ubat-ubatan, mesin dan lain-lain dijangka naik 10% hingga 20% setiap tahun.
Contoh untuk memahami kenaikan inflasi hospital, pada tahun 2000 kos pembedahan adalah sekitar RM7,000 ke RM9,000. Untuk tahun 2020, kos meningkat sehingga RM25,000 ke RM35,000.
Di dalam Takaful, segala caruman atau sumbangan anda bersama-sama pelanggan yang lain akan diletakkan di dalam Tabung Tabarru’. Syarikat Takaful akan membuat ramalan (forecast) agar nilai dalam Tabung Tabarru’ mampu menampung tuntutan bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Tekanan inflasi dan keadaan tuntutan yang makin tinggi bakal menyebabkan nilai dalam Tabung Tabarru’ mengalami susut nilai yang teruk. Untuk mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah, pihak syarikat Takaful perlu membuat ‘Repricing’ caruman bagi setiap pelanggan secara adil.
Berapakah Kenaikan Caruman Takaful Yang Akan Dikenakan dan Berapa Kerap?
Tiada jawapan yang boleh dipastikan betul dan tepat untuk soalan ini. Hanya boleh membuat jangkaan secara kasar.
Dari segi kenaikan caruman, ada rekod kenaikan caruman RM5 sebulan per individu. Ada rekod kenaikan sehingga RM20 sebulan. Ia bergantung kepada faktor inflasi kos perubatan semasa dan umur pelanggan.
Dari segi kekerapan, ada rekod 3 tahun sekali. Ada rekod 10 tahun sekali. Ia bergantung kepada inflasi kos perubatan semasa dan unjuran nilai Tabung Tabarru’.
Oleh itu, mahu tidak mahu, anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan perlulah mengetahui dan sedar kenaikan caruman Medical Card kemungkinan berlaku. Tetapi yang pasti ianya tidaklah membebankan anda seteruk yang anda sangka.
Kerana, mungkin anda melihat nilai caruman sebagai beban. Tetapi, anda perlu juga lihat dari sudut nilai perlindungan dan tuntutan yang bakal anda terima di masa hadapan. Kenaikan RM10 ringgit, jika anda terima, kemungkinan anda akan menerima rawatan RM150,000 dengan mudah, pantas dan selesa.
Perlu diingatkan juga, di dalam Takaful, anda salah seorang yang menderma di dalam Tabung Tabarru’. Mungkin sumbangan anda membantu pelanggan-pelanggan yang lain yang sedang menerima musibah. Ia merupakan pahala yang besar.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda