Setengah golongan mengatakan Life Takaful atau Pelan Hibah penting. Setengah yang lain mengatakan Medical Card lebih penting. Semua pendapat ini betul tetapi perlulah meneliti keadaan dan keperluan semasa.
Life Takaful
Istilah yang lain, Pelan Takaful Hibah atau Takaful Hayat atau Takaful Nyawa atau Takaful Khairat. 3 Tujuan utama untuk pelan ini :
Jika Berlaku Kematian :
Kemungkinan pendapatan keluarga terjejas akibat musibah ini. Maka, Takaful akan membantu keluarga atau waris anda dengan memberikan sejumlah wang agar memudahkan urusan harian mereka dikemudian hari.
Jika Berlaku Hilang Upaya atau Lumpuh :
Anda mungkin sudah tidak lagi mampu bekerja, tidak ada pendapatan. Maka, Takaful akan membantu dengan memberikan anda sejumlah wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian termasuk rawatan, ubat-ubat tradisional atau sebagainya.
Jika Berlaku Salah Satu Dari 39 Penyakit Kritikal :
Penyakit seperti strok, kanser atau lain-lain kebiasaanya memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh. Kemungkinan besar, anda tidak mampu bekerja dalam tempoh sakit yang juga menyebabkan pendapatan terjejas. Oleh itu, Takaful akan membantu anda dengan memberi anda sejumlah wang untuk digunakan sebagai gaji gantian sementara anda sembuh.
Medical Card
Istilah yang lain, Kad Perubatan atau Kad Medikal. 1 tujuan utama untuk pelan ini :
Perbelanjaan Rawatan di Hospital :
Dalam keadaan kos rawatan makin tinggi, wad makin sesak dan tempoh rawatan makin lama menyebabkan kita semua tidak selesa semasa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Alternatif, anda boleh ke hospital swasta. Tetapi kosnya berpuluh kali ganda.
Medical Card membantu anda dengan menyediakan sejumlah wang yang besar sekiranya anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Dengan erti kata lain, Medical Card hanya boleh digunakan jika anda dimasukkan ke hospital swasta, tidak kira apa sakit sekalipun.
Yang Mana Lebih Penting? Life Takaful atau Medical Card?
2 faktor yang boleh dijadikan ukuran :
Faktor Status Semasa
Jika anda berkahwin, kemungkinan anda pencari rezeki, sumber atau penyumbang kepada pendapatan keluarga. Maka ketika ini, Life Takaful perlu diutamakan. Kerana nyawa lebih penting dari keselesaan rawatan hospital. Jika ada duit lebih, bolehlah tambah Pelan Medical Card. Kerana, tanpa Medical Card, anda masih ada alternatif hospital kerajaan.
Jika anda bujang, tiada hutang, tiada sesiapa yang bergantung kepada pendapatan anda, Medical Card adalah keutamaan.
Faktor Umur dan Tahap Kesihatan Ketika Ini
Jika anda muda, tidak kira Pelan Life Takaful atau Medical Card, ia semestinya murah. Maka, menjadi kewajipan anda untuk segera merancang sebaik mungkin kewangan anda dan ambillah takaful dengan amaun yang sewajarnya. Kami cadangkan 10% pendapatan anda diasingkan untuk Takaful.
Juga, anda wajar tahu bahawa jika anda telah sakit, kemungkinan besar Takaful tidak lagi boleh dimiliki. Jika pun boleh, ia akan menjadi sangat mahal tidak seperti harga Takaful untuk mereka yang sihat.
Kesimpulan
1. Sediakan Takaful seawal yang mungkin. Ambillah ketika muda dan sihat.
2. Asingkan 10% gaji pendapatan anda dan letakkan di Takaful (Life Takaful Hibah dan Medical Card). Ia bakal membantu masa depan anda dan keluarga.
3. Tidak kira apapun pelan Takaful, ia perkara penting untuk dimiliki semua. Cuma, perlulah mengikut keadaan dan keperluan semasa.
4. Jangan boros dalam mengambil Takaful. Contohnya mengambil Medical Card dengan caruman bulanan yang tak munasabah tinggi sehingga Pelan Life Takaful hampir-hampir jadi tidak bermanfaat.
5. Ambillah Takaful dalam keadaan anda sedar dan betul-betul faham intipati pelan tersebut.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda