Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK) atau Cacat Kekal boleh berpunca dari sakit atau kemalangan. Pengesahan doktor mestilah dengan mengatakan HUMK akan kekal atau berterusan sekurang-kurangnya 6 Bulan.

Hilang Upaya Menyeluruh Kekal atau Cacat Kekal

Definisi Hilang Upaya Menyeluruh Kekal atau Cacat Kekal

Untuk Individu Berumur 16 Hingga 60

Merangkumi salah satu dari :

  1. Tidak mampu melihat menggunakan kedua-dua mata. Seperti, Buta.
  2. Tidak mampu menggunakan kedua-dua belah tangan pada atau atas pergelangan tangan. Seperti, kudung tangan.
  3. Tidak mampu menggunakan kedua-dua belah kaki pada atau atas pergelangan buku lali. Seperti, lumpuh.
  4. Tidak mampu melihat menggunakan sebelah mata. Dan tidak mampu menggunakan sebelah tangan. Dan tidak mampu menggunakan sebelah kaki.

Untuk Individu Berumur 60 dan Ke Atas

Merangkumi sekurang-kurangnya 3 perkara dibawah :

  1. Tidak mampu duduk dan bangun dari kerusi dengan sendiri. Perlukan bantuan orang lain.
  2. Tidak mampu bergerak dari bilik ke bilik. Perlukan sokongan pembantu.
  3. Tidak berupaya mengawal usus dan pundi. Perlukan alat bantuan.
  4. Tidak mampu memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri.
  5. Tidak mampu mandi atau membersihkan diri dengan sendiri.
  6. Tidak mampu makan seperti biasa. Memerlukan alat bantuan untuk memasukkan makanan ke dalam badan.

Impak Takaful Terhadap Musibah Hilang Upaya Menyeluruh Kekal atau Cacat Kekal

Kita tidak tahu apakah ia akan berlaku atau tidak. Bila akan berlaku juga menjadi tanda tanya. Jika ia berlaku :

  1. Anda tidak lagi mampu bekerja dalam jangka masa yang panjang atau mungkin tidak lagi mampu bekerja selamanya.
  2. Tidak ada lagi pendapatan. Jika ada simpanan, kemungkinan akan berlaku susut nilai yang sangat teruk.
  3. Anda memerlukan penjagaan rapi dengan bantuan keluarga dan bantuan alat dalam tempoh yang panjang.
  4. Perbelanjaan harian akan berganda tidak seperti semasa anda boleh bekerja.
  5. Keluarga yang menjaga anda juga kemungkinan tidak mampu bekerja seperti biasa.

Takaful membantu anda dengan menyediakan sejumlah wang sebagai ‘back-up plan’ jika musibah ini berlaku. Sertai dan wujudkan Takaful hari ini. Ia bukan untuk orang lain, ia semestinya untuk masa depan anda.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda