Isi Kandungan

“Saya muda lagi, aktif bersukan, dan Company dah bagi Medical Card. Jadi, saya tak perlukan apa-apa perlindungan lain, kan? Penting ke Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal?”

Mengapa Perlindungan Penyakit Kritikal Penting di Malaysia?

Ini adalah tanggapan yang sering kita dengar, dan mungkin juga terlintas di fikiran kita sendiri. Di atas kertas, ia sepertinya logik. Namun, cuba kita renung sejenak dengan soalan yang lebih mendalam: “Apa akan jadi pada bayaran ansuran rumah, kereta, bil-bil bulanan, dan perbelanjaan dapur jika esok anda disahkan menghidap kanser dan doktor menasihatkan anda untuk berhenti kerja selama 3 tahun bagi memberi tumpuan pada rawatan dan pemulihan?”

Pada masa itu, Medical Card yang dirasakan sudah cukup pun kelihatan tidak lagi memadai. Inilah realiti yang dihadapi ramai rakyat Malaysia. Statistik Kesihatan Kebangsaan menunjukkan trend yang semakin membimbangkan: penyakit kritikal seperti serangan jantung, strok, dan kanser bukan lagi eksklusif untuk warga emas. Ia semakin kerap menyerang golongan dalam lingkungan umur 30-an dan 40-an, iaitu pada waktu kemuncak kesihatan dan kemuncak komitmen kewangan.

Ramai yang terkeliru dengan menganggap kad perubatan (Medical Card) adalah penyelesaian untuk semua masalah kesihatan. Sebenarnya, kad perubatan dan perlindungan penyakit kritikal adalah dua “payung” yang berbeza, direka untuk dua jenis “hujan” yang sama sekali berlainan. Dalam iklim ekonomi dan kesihatan hari ini, memiliki hanya satu payung mungkin akan menyebabkan anda basah lencun dari segi kewangan. Artikel ini akan mengupas mengapa perlindungan penyakit kritikal bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu komponen wajib dalam perancangan kewangan setiap individu yang bertanggungjawab.

Apa Beza Fungsi Kad Perubatan (Medical Card) dan Pelan Penyakit Kritikal?

Untuk membuat perancangan yang bijak, kita mesti faham fungsi spesifik setiap instrumen Pelan Perlindungan.

Fungsi Kad Perubatan (Takaful Perubatan)

Bayangkan kad perubatan sebagai “tabung khas untuk hospital”. Fungsinya sangat jelas, untuk membayar bil dan kos rawatan perubatan terus kepada hospital, sama ada melalui surat jaminan (guarantee letter) atau secara bayaran balik (pay-and-claim). Ia melindungi anda daripada kos-kos seperti caj bilik wad, yuran pembedahan, harga ubat-ubatan semasa di hospital, dan beberapa rawatan susulan (follow-up). Namun, hadnya juga jelas. Ia tidak memberikan anda wang tunai untuk membayar gaji yang hilang jika anda berniaga secara harian, tidak bayarkan bil elektrik di rumah, atau ansuran kereta anda. Hanya untuk menampung kos rawatan di hospital. Noktah.

Fungsi Pelan Penyakit Kritikal (CI)

Bayangkan pula pelan CI sebagai “tabung kecemasan segera” atau “pengganti pendapatan” anda. Fungsinya berbeza secara keseluruhan daripada kad perubatan. Apabila anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi di bawah polisi anda, Syarikat Takaful akan membayar pampasan dalam bentuk wang tunai sekaligus (lump sum) terus ke dalam akaun bank anda. Tidak akan ada soalan ditanya tentang bagaimana anda akan membelanjakan wang tersebut. Anda mempunyai kebebasan secara mutlak untuk menggunakannya bagi tujuan apa pun. Mungkin boleh gunakan untuk tampung kehidupan, sara diri dan juga kos rawatan alternatif.

Secara ringkasannya :

Kad Perubatan (Medical Card) Pelan Penyakit Kritikal (CI)
Tujuan, membayar bil hospital dan kos rawatan. Tujuan, memberi sokongan kewangan & gantian pendapatan.
Tuntutan, bayar terus kepada hospital (tanpa tunai). Tuntutan, bayar tunai sekaligus kepada pemilik polisi.
Tuntutan terhad kepada kos rawatan (bil hospital). Tuntutan bebas digunakan untuk apa sahaja (komitmen, dll).

Apa yang dilindungi oleh Pelan Penyakit Kritikal?

Kebanyakan Syarikat Takaful di Malaysia merujuk kepada senarai 45 Penyakit Kritikal Asas. Walaupun senarai penuhnya panjang, ia merangkumi penyakit-penyakit utama yang menjadi punca utama kematian dan hilang upaya di negara ini. Antara yang paling lazim ialah:

  1. Serangan Jantung
  2. Kanser
  3. Strok
  4. Kegagalan Buah Pinggang (memerlukan rawatan dialisis tetap)
  5. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  6. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  7. Kehilangan Upaya Penglihatan atau Pendengaran Kekal

Terkini, banyak pelan perlindungan penyakit moden kini menawarkan perlindungan untuk penyakit kritikal peringkat awal (early-stage). Ini bermakna jika didiagnosis salah satu dari penyakit kritikal peringkat awal, anda boleh buat tuntutan dan terus ada dana yang diperlukan untuk mendapatkan rawatan terbaik dengan segera, sekaligus meningkatkan peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Contoh Senario Bagaimana Pampasan Takaful RM200,000 Menjadi Penyelamat

Mari kita lihat satu senario praktikal. Encik Ahmad, seorang jurutera berusia 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak kecil. Pendapatan bulanannya ialah RM6,000 dan beliau mempunyai komitmen bulanan seperti pinjaman perumahan, kereta, dan perbelanjaan keluarga.

Satu hari, Encik Ahmad disahkan menghidap kanser usus tahap dua. Doktor menasihatkannya untuk mengambil cuti panjang selama setahun untuk menjalani pembedahan termasuk beberapa kali rawatan kemoterapi. Beliau tidak mampu untuk bekerja sepanjang tempoh ini.

Di sinilah dua payung perlindungannya berfungsi serentak:

  1. Payung Pertama (Kad Perubatan): Kos pembedahan dan rawatan kemoterapi di hospital swasta yang mencecah RM150,000 dibayar sepenuhnya oleh kad perubatan Takaful beliau. Maka, bil hospital selesai. Tidak perlu pinjam dengan kawan-kawan atau saudara mara.
  2. Payung Kedua (Pelan Penyakit Kritikal): Dalam tempoh sebulan selepas diagnosis disahkan, Pelan Takaful CI Encik Ahmad membayar pampasan tunai sekaligus sebanyak RM200,000 terus ke dalam akaun banknya.

Dengan wang tunai ini, Encik Ahmad mempunyai hak untuk mengawal keadaan kewangannya dari segi:

  • Penggantian Pendapatan: RM72,000 (RM6,000 x 12 bulan) diperuntukkan untuk membayar semua komitmen bulanan keluarga. Isterinya tidak perlu risau tentang bayaran rumah, kereta dan bil-bil lain.
  • Kos Rawatan Tambahan: RM20,000 digunakan untuk rawatan alternatif atau komplimentari seperti suplemen pemakanan khas dan sesi fisioterapi tambahan yang tidak dilindungi oleh kad perubatannya.
  • Perubahan Gaya Hidup Sihat: RM10,000 dilaburkan untuk membeli penapis udara dan penapis air berkualiti tinggi serta tambahan bahan makanan organik yang sihat bagi menyokong proses pemulihan beliau.
  • Melangsaikan Hutang: Beliau menggunakan RM8,000 untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang membebankan, kelak memberikan beliau ketenangan fikiran.
  • Dana Simpanan: Baki RM90,000 disimpan sebagai dana kecemasan untuk sebarang kemungkinan atau musibah pada masa akan datang.

Bayangkan jika Encik Amir hanya bergantung pada kad perubatannya. Walaupun bil hospitalnya berbayar dan selesai, keluarganya pasti akan terjerumus ke dalam krisis kewangan yang teruk akibat kesan kehilangan pendapatan utamanya walaupun dalam tempoh setahun.

Kesimpulan

Penyakit kritikal menyerang dalam 2 jenis Serangan. Serangan Kesihatan Fizikal, dan, Serangan Kestabilan Kewangan. Kad perubatan adalah barisan hadapan untuk melawan Serangan Kesihatan Fizikal. Pelan perlindungan penyakit kritikal adalah benteng pertahanan anda untuk melawan Serangan Kestabilan Kewangan. Anda perlukan dan wajib ada kedua-duanya.

Jangan berlengah atau berfikir anda terkecuali. Semakin muda dan sihat anda semasa memohon perlindungan, semakin rendahlah sumbangan atau caruman bulanan yang perlu anda bayar seumur hidup. Ambil langkah pertama hari ini dengan melakukan “semakan kewangan kesihatan”. Berbincanglah dengan

Perunding Takaful yang bertauliah untuk menilai jumlah perlindungan yang anda perlukan, sekurang-kurangnya cukup untuk menampung pendapatan dalam tempoh 3 tahun serta mampu menampung komitmen hutang utama anda.

Musibah datang tanpa notis. Menyediakan payung Perlindungan Penyakit Kritikal hari ini adalah tindakan paling bijak untuk melindungi maruah kewangan diri dan menjamin masa depan keluarga, walau apa pun badai yang mendatang.

Kongsikan Artikel Ini

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda