Berikut adalah maklumat berkenaan Polisi Privasi untuk laman web LifeTakaful.
Maklumat Asas
Siapakah Kami
Alamat laman web kami ialah https://lifetakaful.com.my/. Laman web yang memberi info dan pendidikan tentang Takaful dan Insurans dalam konteks Malaysia. Laman web ini diurus sepenuhnya oleh Mursalin Bin Mohd Razak – Perunding Takaful berdaftar dengan AIA Public Takaful Berhad.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai polisi privasi ini, anda boleh menghubungi kami melalui:
- Nombor Telefon: 0142988849
- E-mel: info@lifetakaful.com.my
Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Tujuan Pengumpulannya
Kami mengumpul data peribadi daripada pengguna dan pelawat laman web untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan Takaful kami seperti menyediakan sebut harga dan memberi info terbaru melalui mesej di Telefon dan E-mel. Data hanya dikumpul seperti yang anda berikan melalui isian borang secara online yang terdapat di laman web ini.
Kami mengumpul dan memproses data peribadi atas dasar persetujuan aktif daripada anda atau untuk tujuan memenuhi kewajipan undang-undang dan kontrak kami.
- Data Peribadi: Kami mengumpul maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, jantina, tarikh lahir, bandar anda menetap dan beberapa pilihan berkaitan pelan Takaful.
- Data Transaksi: Tiada data transaksi akan dikumpul.
- Data Peribadi Sensitif: Kami mengumpul data berkaitan kesihatan, seperti sejarah perubatan, untuk tujuan rujukan underwriting Takaful dan pemprosesan tuntutan. Pengumpulan data ini hanya akan dilakukan dengan persetujuan anda yang jelas dan nyata.
- Data Teknikal: Maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, data kuki, dan maklumat mengenai interaksi anda dengan laman web kami.
Data ini dikumpul untuk tujuan berikut:
- Memproses permohonan sebut harga produk Takaful anda.
- Menghantar maklumat penting, promosi, dan kemas kini produk Takaful dengan persetujuan anda.
- Menganalisis penggunaan laman web untuk meningkatkan pengalaman anda.
Komen
Tiada sebarang ruangan komen dibuat di laman web LifeTakaful.
Media
Tiada sebarang ruangan muatnaik imej dibuat di laman web LifeTakaful selain daripada memuatnaik dokumen Resume di halaman kerjaya.
Borang Permohonan Sebut Harga
Jika anda menggunakan borang kami, kami akan menyimpan maklumat yang anda serahkan, seperti nama dan lain-lain, untuk tempoh enam (6) bulan bagi tujuan perkhidmatan pelanggan. Maklumat ini tidak akan digunakan untuk tujuan pemasaran tanpa kebenaran. Dan, segala detail serta maklumat tidak akan diserahkan kepada pihak lain.
Kuki (Cookies)
Laman web kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman anda. Kuki yang mungkin digunakan termasuk:
- Kuki Sesi: Untuk fungsi asas laman web.
- Kuki Analisis: Untuk mengumpul data penggunaan laman web secara agregat dan tanpa nama.
Anda boleh menguruskan tetapan kuki melalui pelayar anda.
Analitis (Analytics)
Kami menggunakan Google Analytics dan Microsoft Clarity untuk mengumpul data penggunaan laman web secara tanpa nama. Data ini membantu kami memahami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web kami. Anda boleh memilih untuk tidak dikesan dengan mengikuti arahan yang disediakan oleh Google Analytics dan Microsoft Clarity atau dengan menukar tetapan pelayar anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk polisi privasi mereka.
Dengan Siapakah Kami Berkongsi Data Anda
Kami sama sekali tidak akan menjual data peribadi anda. Kami juga tidak akan berkongsi data dengan pihak ketiga sama ada relevan atau tidak.
Berapa Lama Kami Menyimpan Data Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya selama ia diperlukan untuk tujuan yang dikumpul.
- Maklumat Borang permohonan sebut harga akan disimpan selama enam (6) bulan.
- Rekod analitis akan disimpan selama dua (2) tahun.
Apakah Hak Anda Terhadap Data Anda
Di bawah Akta PDPA, anda mempunyai hak-hak berikut:
- Meminta akses kepada data peribadi anda.
- Meminta pembetulan data peribadi yang tidak tepat.
- Menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data.
- Meminta pemadaman data peribadi dalam keadaan tertentu.
Untuk melaksanakan hak-hak ini, sila hubungi kami melalui maklumat yang disediakan.
Ke Mana Data Anda Dihantar
Data peribadi anda dikumpul dan disimpan di database laman web LifeTakaful. Kami memastikan bahawa mana-mana pemindahan data ke luar Malaysia dilindungi dengan sekukuhnya mengikut piawaian perlindungan data yang ketat dan mematuhi PDPA.
Maklumat Tambahan
Bagaimana Kami Melindungi Data Anda
Kami mengambil langkah-langkah teknikal, pentadbiran, dan fizikal yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan, pendedahan, pengubahsuaian, atau kemusnahan. Ini termasuk enkripsi data, pengesahan dua faktor (two-factor authentication), dan latihan perlindungan data untuk laman web kami.
Apakah Prosedur Pelanggaran Data yang Kami Sediakan
Kami mempunyai prosedur dalaman yang sangat ketat untuk mengendalikan pelanggaran data yang berpotensi atau sebenar. Ini termasuk sistem pelaporan dalaman, mekanisme komunikasi dengan pihak berkuasa dan individu yang terjejas, dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pelanggaran.
Daripada Siapakah Kami Menerima Data
Kami menerima data tentang peribadi anda hanya daripada hasil isian anda dari borang-borang yang tersedia dari laman web LifeTakaful.
Adakah Data Di Ruangan Chat Selamat
Data anda akan terus dilampirkan di Whatsapp 0142988849. Tiada simpanan akan dibuat melalui laman web LifeTakaful.
Nota: Polisi Privasi ini tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web ini.