Hibah adalah hadiah. Contohnya, A (Pemberi) ingin menghibahkan sebuah Rumah untuk B (Penerima). Untuk mengelakkan pertikaian atau salah faham pemberian hibah tersebut, haruslah memerlukan Hitam Putih. Proses Hitam Putih ini dinamakan Dokumentasi Hibah. Proses ini sama sekali berbeza dengan Wasiat.

Proses Dokumentasi Hibah (Pindah Hakmilik Aset)

Setelah selesai Dokumentasi Hibah tersebut, tidak ada sesiapa lagi yang berhak mencabar pemilikan Rumah atau Aset tersebut. Termasuklah pihak pemberi.

Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tidak kira hubungan persaudaraan, atau agama.

Apakah Syarat-Syarat Sebelum Membuat Dokumentasi Hibah?

  1. Pemberi Hibah mestilah Hidup dan Waras.
  2. Penerima Hibah mestilah Hidup dan Waras.
  3. Aset yang hendak dihibahkan perlulah telah dimiliki sepenuhnya oleh Pemberi Hibah (bebas dari hutang).
  4. Aset perlulah mempunyai dokumen atau bukti pemilikan yang sah.
  5. Wajib mengemukakan Empat (4) orang Saksi yang Hidup dan Waras.

Bagaimana Proses Dokumentasi Hibah Boleh Dibuat?

  1. Semua Detail dan Dokumen seperti yang disenaraikan dibawah perlulah didraf dan disediakan dahulu sebelum diisi di dalam borang online.
  2. Setelah lengkap, ejen akan membantu anda untuk isi borang online tersebut.
  3. Anda perlu membuat pembayaran secara online sebanyak RM270.00 sebelum anda boleh mencetak Sijil Dokumentasi Hibah.
  4. Sijil Dokumentasi Hibah perlulah dicetak dan ditandatangani oleh Pemberi Hibah, Penerima Hibah dan 4 orang Saksi.
  5. Proses Selesai. Aset kini menjadi hakmilik Penerima Hibah.

Apakah Detail dan Dokumen yang Diperlukan untuk Dokumentasi Hibah?

1. Detail Pemberi Hibah

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Tarikh Lahir
  • Nombor Telefon
  • Email

2. Detail Penerima Hibah

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Alamat Surat Menyurat
  • Hubungan Penerima Hibah dengan Pemberi Hibah

3. Detail Aset-Aset

  • Tentukan Aset sama ada :
    • Rumah
    • Bangunan
    • Tanah
    • Kenderaan
    • Lain-Lain
    • Satu Dokumentasi Hibah boleh dimasukkan dengan banyak aset tidak tertakhluk kepada hanya 1 aset
  • Penerangan atau Lokasi Aset
  • Tambahan Syarat dan Permintaan Khas untuk Pemilikan Aset
  • Gambar Aset

4. Dokumen-Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemberi
  • Salinan Kad Pengenalan Penerima
  • Salinan Kad Pengenalan Saksi 1
  • Salinan Kad Pengenalan Saksi 2
  • Salinan Kad Pengenalan Saksi 3
  • Salinan Kad Pengenalan Saksi 4
  • Geran Rumah
    • Hanya jika anda memilih untuk menghibahkan rumah.
  • Geran Tanah
    • Jika anda memilih untuk menghibahkan tanah.
  • Geran Kenderaan
    • Jika anda memilih untuk menghibahkan kereta.
  • Sijil Perkahwinan
    • Jika penerima merupakan pasangan anda.
  • Perjanjian Jual & Beli (Semua Halaman)
    • Jika anda memilih untuk menghibahkan rumah atau hartanah.
  • Dokumen MRTA/MRTT
    • Jika ada dan berkenaan.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda