Perhatian! Artikel ini mungkin sensitif bagi segelitir rakyat Malaysia khususnya dari golongan Isteri dan Suami.

Kaji Selidik mendapati 96% isteri-isteri di Malaysia tidak bersetuju dengan Takaful. Tetapi, 100% Balu dan Janda (yang telah kehilangan suami) menyatakan Takaful adalah satu perkara wajib yang perlu ada bagi setiap suami.

Takaful Bazir Duit Suami Isteri

Persoalan Untuk Setiap Insan Bergelar Isteri

1. Ketika Suami Sihat

Suami mampu bekerja dalam mendapatkan pendapatan, isteri menjadi pembantu dalam urusan menguruskan kewangannya. Jika anda seorang suri rumah, 100% pendapatan suami akan dijadikan belanja seisi keluarga. Jika anda bekerja, sebahagian pendapatan suami turut menjadi belanja seisi keluarga.

Persoalan : Berapa jumlah simpanan yang diperuntukkan oleh isteri dan suami setiap bulan secara konsisten? Bayangkan jumlahnya dalam tempoh lagi 10 tahun. Contoh, jika anda menyimpan RM250 sebulan, maka, selepas 10 tahun, jumlahnya bersamaan RM30,000.

2. Suami Terkena Sakit Kritikal atau Lumpuh

87% rakyat Malaysia mengidap sekurang-kurangnya 1 Penyakit Kritikal. Strok, kanser, sakit jantung bukan benda asing bagi kita di masa ini. Faktor tekanan dan makanan mendorong angka ini meningkat dari hari demi hari.

Persoalan : Jika ianya berlaku kepada suami, kemungkinan besar :

  1. Suami tidak mampu bekerja seperti biasa. Tiada lagi pendapatan tetap. Hanya ada simpanan di bank, ASB dan sebagainya.
  2. Suami perlu diberi perhatian lebih dari segi penjagaan dan rawatan. Perbelanjaan akan jauh meningkat dari biasa.
  3. Bagi suri rumah, anda perlu bekerja menggantikan tempat suami. Perlukan usaha dan tenaga berganda. Bekerja, menjaga suami dan anak-anak. Jika anda ada pengalaman kerja dan resume yang baik, kelebihan untuk anda. Tetapi, jika tiada pengalaman? Atau sudah lama tidak bekerja?
  4. Bagi isteri yang bekerja, anda perlu bekerja lebih masa untuk menampung gaya hidup semasa, penjagaan, rawatan suami dan perbelanjaan anak-anak.

Apakah simpanan anda dan suami cukup untuk menampung segalanya? Jika cukup, berapa lama pula ianya mampu bertahan?

3. Suami Meninggal Dunia

Fakta, 100% suami akan meninggal dunia. Tapi, bilakah masanya? Mungkin lagi 40 tahun? Mungkin lagi 4 tahun? Mungkin lagi 4 bulan? Mungkin lagi 4 hari?

Persoalan : Jika ianya berlaku kepada suami, kemungkinan besar :

  1. Pendapatan anda yang suri rumah, tiada. Pendapatan anda yang bekerja, sebahagiannya tergugat. Maka, mahu tidak mahu, isteri kena bertungkus-lumus untuk bekerja meneruskan hidupnya serta menjaga anak-anak.
  2. Harta-harta suami akan dibekukan. Termasuklah akaun Bank, KWSP, Tabung Haji, Unit Amanah, ASB, Hartanah dan sebagainya. Nak selesaikan, kosnya tinggi. Anggaran, jika jumlah harta kurang dari RM2 Juta, kosnya 2% dari nilai harta ; RM40,000. Urusan ni juga perlukan masa yang panjang.
  3. Hutang-hutang suami perlu ditanggung oleh isteri.
  4. Rumah yang diduduki sekarang akan jadi rumah pusaka. Perlu diselesaikan dengan proses faraid dan mahkamah. Pun, perlukan kos dan masa untuk selesaikan segalanya.
  5. Perancangan pendidikan masa depan anak-anak mungkin akan terjejas. Kekurangan masa akibat kerja lebih masa, peningkatan kos pendidikan dan kenaikan kos sara hidup, menjadi salah satu faktor ianya lari dari apa yang dirancang.

Apakah isteri sudah bersedia menempuh segala kemungkinan-kemungkinan ini? Bersedia dari segi simpanan kewangan, mental dan fizikal? Atau, redha dan pasrah dengan apa yang akan jadi pada masa hadapan. Apakah isteri yang juga ibu tidak langsung memikirkan masa depan anak-anak? Apakah cukup dengan bantuan simpati orang-orang keliling?

Takaful Sama Sekali Tidak Bazirkan Duit Suami Mahupun Isteri

Para isteri, bantu kami dengan menasihatkan suami-suami, ambillah Takaful. Jika suami tidak setuju, isteri belikanlah untuk suaminya sekurang-kurangnya 1 Pelan Takaful Hibah.

Kami hanya ingin melihat senyuman keluarga anda diteruskan walaupun suami sudah tiada. Kami tidak sanggup melihat balu atau janda yang bekerja siang malam demi anak-anaknya. Kami tidak sanggup melihat pergaduhan diantara isteri dan mertua hanya kerana berebut harta yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah.

Dalam sudut lain, mungkin Takaful suami RM200 sebulan, isteri nampak satu pembaziran besar pada hari ini. Tetapi, ketahuilah, ketika tuntutan Takaful diselesaikan, isteri akan sangat berterima kasih, kerana bulanan RM200 itulah kemungkinan membantu dirinya dan anak-anak selesa untuk beberapa tahun.

Mungkin isteri dan suami sekarang kata “Tak apa. Kami percaya Rezeki dari Allah.” Ya. Rezeki datang dalam pelbagai cara. Mungkin artikel ini salah satu bentuk Rezeki anda. Apakah tindakan anda seterusnya?

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.