Kenapa sesetengah polisi Takaful atau Insurans harganya meningkat? Kenapa ada yang harganya kekal? Bagaimana Model Takaful ini sebenarnya berfungsi? Apakah Pelan Takaful Tradisional (Takaful Traditional Plan)? Apakah pula definisi Pelan Takaful Berkaitan Berpelaburan (Takaful Investment-Linked Plan – ILP)? Bagaimana sistem Takaful tiba-tiba boleh dijadikan medium untuk pelaburan?

Yang mana satu pilihan Pelan Takaful yang terbaik? Disini kami akan rungkaikan satu persatu berkaitan semua persoalan ini dengan bahasa yang mudah difahami.

Takaful Tradisional

Apakah Pelan Takaful Tradisional (Pelan Asal Takaful)?

Sebelum Tahun 2000, syarikat insurans dan takaful hanya mengeluarkan jenis pelan ini sahaja di pasaran. Secara amnya, anda mencarum di dalam satu tabung yang juga dikenali sebagai Tabung Tabarru’, sekiranya berlaku sebarang risiko seperti kematian, kemalangan dan lain-lain, sejumlah wang atau dikenali sebagai Nilai Pampasan akan diberikan kepada pencarum.

Harga caruman akan meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan beberapa faktor seperti peningkatan umur, jenis pekerjaan semasa dan peningkatan inflasi negara. Ringkasnya, anda daftar pada harga yang rendah, mungkin selepas 10 hingga ke 20 Tahun anda mula memikirkan kos caruman yang terlalu tinggi untuk anda tampung.

Takaful Investment Linked Tradisional
Tahun Caruman Tahunan Caruman Bulanan Nilai Tunai
0 1188 99 0
5 1188 99 0
10 1428 119 0
15 1728 144 0
20 2088 174 0
25 3312 276 0
30 5316 443 0
Investment Linked

Apakah Pelan Takaful Berkaitan Berpelaburan (Takaful Investment-Linked Plan)?

Meneliti masalah kenaikan kos caruman ini, pihak syarikat insurans dan takaful memperkenalkan satu model baru yang membolehkan kos caruman kekal dan tidak berubah dari tarikh daftar sehingga tarikh tempoh matang sesebuah polisi. Secara amnya, pelan sebelum ini, caruman anda hanya diletakkan di dalam 1 tabung. Tetapi, melalui model ini, caruman akan dibahagikan kepada 2 tabung. Tabung Tabarru’ dan Tabung Simpanan Pelaburan.

Segala caruman di dalam Tabung Simpanan Pelaburan, akan dilaburkan ke Syarikat-Syarikat Pelaburan Patuh Syariah. Segala keuntungan akan dikembalikan ke dalam tabung yang sama. Keuntungan ini juga dikenali sebagai Nilai Tunai atau Nilai Akaun (Cash value/Account Value). Atas sebab keuntungan ini, jika terdapat sebarang kenaikan caruman, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Nilai Tunai atau Nilai Akaun dibawah Tabung Simpanan Pelaburan.

Takaful Investment Linked Tradisional
Tahun Caruman Tahunan Caruman Bulanan Nilai Tunai
0 2244 187 500
5 2244 187 2200
10 2244 187 10000
15 2244 187 19500
20 2244 187 31500
25 2244 187 41000
30 2244 187 50800

Kesimpulan : Jadual Perbezaan Pelan

Pelan Takaful Tradisional Pelan Takaful Berkaitan Berpelaburan
Model Takaful
Model Lama Model Baru
Caruman Permulaan
Rendah Tinggi
Caruman Tahun-Tahun Seterusnya
Meningkat Kekal
Nilai Tunai
Tiada Ada
Potensi Pulangan Pelaburan
Tidak Berkenaan Tinggi
Pilihan Dana Pelaburan
Tidak Berkenaan Boleh
Pengeluaran Simpanan Nilai Tunai
Tidak Berkenaan Boleh
Potensi Polisi Lapsed
Tinggi Rendah
Menambah ‘Topup’ Simpanan Pelaburan
Tidak Berkenaan Boleh
Tuntutan Jika Berlaku Risiko
Nilai Pampasan sahaja Nilai Pampasan + Nilai Tunai

Rujukan : Pelan Takaful Hibah

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda