Pelan Hibah Takaful AIA adalah sebuah pelan takaful berasaskan hibah yang direka khas untuk tujuan perancangan harta pusaka dan penciptaan legasi kewangan bernilai tinggi untuk generasi akan datang.

Harga Pelan Hibah Takaful AIA Termurah dan Terbaik Bermula RM150 Sebulan

Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan satu jumlah pampasan yang besar sebagai hadiah (hibah) kepada waris tanpa melalui proses pengurusan pusaka yang rumit.

Faedah Asas Pelan Hibah Takaful AIA

1. Manfaat Meninggal Dunia (Khairat Kematian)

Memberikan bayaran pampasan penuh (jumlah perlindungan asas) kepada waris sekiranya peserta meninggal dunia. Juga menggandakannya dalam keadaan-keadaan tertentu. Rujuk jadual di bawah:

Keadaan Meninggal Dunia Jumlah Hibah Yang Akan Diterima
Akibat Biasa (Sakit atau Tua) 100%
Akibat Kemalangan 200%
Semasa Mengerjakan Umrah dan Haji 200%
Akibat Kemalangan Semasa Menaiki Kenderaan Awam 300%
Akibat Bencana Alam 600%

2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Memberikan bayaran pampasan penuh sekiranya peserta mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

3. Faedah Pengecualian Caruman (Waiver)

Jika anda didiagnosis dengan Penyakit Kritikal atau mengalami Hilang Upaya, anda tidak perlu lagi membayar caruman polisi. AIA akan mengambil alih pembayaran caruman untuk memastikan perlindungan anda kekal aktif dan anda terus menikmati semua faedah lain di dalam Pelan Hibah Takaful AIA.

4. Faedah Nilai Tunai Terkumpul

Sijil ini akan mengumpul nilai tunai dari semasa ke semasa. Nilai tunai ini boleh digunakan pada masa hadapan jika anda memerlukannya, atau diserahkan (surrender) jika perlindungan tidak lagi diperlukan.

5. Faedah Tempoh Matang

Anda akan menerima Bayaran Nilai Matang apabila polisi anda berakhir pada umur 70 tahun. Amaun bayaran ini tidak dijamin kerana ia tertakluk pada prestasi dana pelaburan yang terkumpul sepanjang tempoh caruman anda.

Maklumat Tambahan & Syarat Kelayakan Pelan Hibah Takaful AIA

  • Pilihan Jumlah Perlindungan Asas (Hibah): Bermula dari RM350,000.
  • Tempoh Perlindungan: Sehingga umur 70 tahun.
  • Tempoh Caruman: Sehingga umur 70 tahun.
  • Umur Penyertaan: Seawal umur 14 hari sehingga 60 tahun.

Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Hibah Takaful AIA

Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan kalkulator dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.

Nota: Harga sumbangan (caruman) ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur,  jantina, jenis pekerjaan, status merokok, jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, tempoh caruman dan tahap kesihatan semasa.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda