Takaful Kanser AIA adalah pelan takaful khusus yang direka untuk menyediakan perlindungan kewangan yang komprehensif terhadap risiko penyakit kanser.

Tujuan utama pelan Takaful Kanser AIA adalah untuk memberikan bayaran pampasan sekaligus (lump sum) dari peringkat awal lagi, membolehkan pesakit menampung kos rawatan yang tinggi, perbelanjaan sara hidup, atau kehilangan pendapatan tanpa menjejaskan simpanan.

Pelan Takaful Kanser AIA

Jika keturunan anda mempunyai sejarah penyakit kanser, kami amat menggalakkan agar anda untuk segera menyediakan pelan Takaful Kanser AIA ini.

Faedah Asas Pelan Takaful Kanser AIA

Pelan Khusus Kanser AIA

1. Faedah Perlindungan Kanser Peringkat Awal

Sekiranya anda didiagnosis menghidap kanser peringkat awal, anda akan menerima sokongan kewangan secara berperingkat seperti berikut:

  • Bayaran Awal: 30% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar sejurus selepas diagnosis.
  • Bayaran Tambahan:
    • 10% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar selepas 6 bulan dari tarikh diagnosis.
    • 10% lagi daripada Jumlah Pampasan akan dibayar selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis.

Secara keseluruhannya, anda akan menerima 50% daripada Jumlah Pampasan dalam tempoh setahun pertama. Istimewanya, bagi memastikan perlindungan anda berterusan, Jumlah Pampasan akan dipulihkan semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis kanser peringkat awal.

2. Faedah Perlindungan Kanser: Peringkat Lanjutan

Sekiranya anda didiagnosis menghidap kanser peringkat lanjutan, faedah berikut akan dibayar:

  • Bayaran Pampasan Penuh: 100% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar sekaligus.
  • Pendapatan Pemulihan Lanjutan: Untuk membantu anda dalam proses pemulihan, bayaran tahunan sebanyak 10% daripada Jumlah Pampasan akan diberikan selama 5 tahun berturut-turut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tambahan sebanyak 50%.

Nota: Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh pembayaran Pendapatan Pemulihan Lanjutan, baki bayaran tahunan akan diserahkan kepada waris anda.

3. Faedah Kematangan

Apabila sijil anda matang pada umur 80 tahun, anda akan menerima 100% daripada Jumlah Pampasan Takaful Kanser AIA. Faedah ini akan dibayar sama ada anda pernah membuat tuntutan untuk kanser peringkat awal, atau kekal sihat sepanjang tempoh perlindungan.

4. Lain-Lain Faedah

Sekiranya berlaku kematian (atas sebarang sebab) dalam tempoh sijil masih berkuat kuasa, waris anda akan menerima sama ada:

  • 10% daripada Jumlah Pampasan; atau
  • Nilai Serahan (jika nilainya lebih tinggi).

5. Perlindungan Tambahan (Rider Pilihan)

Anda boleh melengkapkan pelan Takaful Kanser AIA dengan rider tambahan untuk perlindungan yang lebih menyeluruh:

  • Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Memberikan bayaran sebanyak 100% daripada Jumlah Pampasan sekiranya berlaku kematian sehingga umur 80 tahun, atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga umur 65 tahun.
  • Manfaat Penyakit Kritikal: Memberikan bayaran sebanyak 100% daripada Jumlah Pampasan sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada 39 Penyakit Kritikal yang dilindungi, sehingga umur 80 tahun.

Maklumat Tambahan & Syarat Kelayakan Pelan Takaful Kanser AIA

  • Pilihan Jumlah Perlindungan Asas: Bermula dari RM50,000
  • Tempoh Perlindungan: Sehingga umur 80 tahun.
  • Tempoh Caruman: Sehingga umur 80 tahun.
  • Umur Penyertaan: Seawal umur 14 hari sehingga 60 tahun.

Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Takaful Kanser AIA

Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan jadual dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.

Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM313.50
11 – 20 RM330.00 – RM456.50
21 – 30 RM480.50 – RM671.00
31 – 40 RM715.00 – RM1,127.50
41 – 50 RM1,193.50 – RM2,035.00
51 – 60 RM2,200.00 – RM4,125.00
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM374.00
11 – 20 RM397.00 – RM506.00
21 – 30 RM538.00 – RM814.00
31 – 40 RM860.00 – RM1,298.00
41 – 50 RM1,368.50 – RM2,084.50
51 – 60 RM2,210.00 – RM3,740.00
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM313.50
11 – 20 RM330.00 – RM500.50
21 – 30 RM524.50 – RM786.50
31 – 40 RM838.00 – RM1,375.00
41 – 50 RM1,474.00 – RM2,640.00
51 – 60 RM2,854.50 – RM5,307.50
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM374.00
11 – 20 RM397.00 – RM704.00
21 – 30 RM741.50 – RM1,133.00
31 – 40 RM1,190.00 – RM1,809.50
41 – 50 RM1,904.00 – RM2,832.50
51 – 60 RM2,986.50 – RM4,895.00

Nota: Harga sumbangan (caruman) merujuk kepada jumlah perlindungan asas RM50,000. Perubahan ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur,  jantina, jenis pekerjaan, status merokok, jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, tempoh caruman dan tahap kesihatan semasa.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda