Antara kesilapan masyarakat biasa dalam menguruskan kewangan adalah dengan mengambil Takaful pada usia yang dewasa dan tua. Dan kebiasaannya, mereka mengatakan Takaful tidak perlu pada usia yang muda.
Berikut adalah sebab kenapa orang muda perlu dan wajib ada Pelan Takaful.
Mendidik Disiplin Dalam Merancang Kewangan Yang Lebih Baik
Rata-rata golongan muda tidak tahu tentang Prinsip Kewangan 70:20:10.
- 70% dari Hasil Pendapatan boleh digunakan untuk perbelanjaan harian/bulanan (liabiliti)
- 20% dari Hasil Pendapatan akan digunakan untuk Simpanan dan Pelaburan (jana duit tambahan untuk masa hadapan)
- 10% dari Hasil Pendapatan akan digunakan untuk Pelan Perlindungan (Takaful) untuk mengelak dari berlaku perbelanjaan yang besar akibat musibah seperti Sakit Kritikal, Meninggal Dunia dan Masuk Hospital.
Hasil kajian mendapati seseorang yang sudah biasa dengan prinsip ini sejak dari usia muda, sukar untuk mengalami masalah kewangan yang besar di usia dewasa (midlife financial crisis). Jika ianya berlaku, mereka sangat mudah dan tenang menghadapinya. Kerana, disiplin dalam menjaga duit keluar masuk sudah bermula sejak usia muda.
Harga Caruman Takaful Yang Sangat Murah
Salah satu faktor terbesar yang menyebabkan perbezaan harga Caruman Takaful adalah Usia. Usia seawal 16 ke 20 menjamin harga terendah tidak kira apa pun pelan takaful.
Antara faktor lain adalah Keadaan Kesihatan Semasa. Oleh kerana diusia muda kurang masalah kesihatan, maka pihak syarikat takaful menetapkan harga caruman yang rendah.
Jika anda sedar kepentingan takaful di usia muda, itu adalah signal bahawa anda perlu mendaftar takaful segera. Sikap bertangguh dalam mengambil Pelan Takaful adalah tidak baik. Takut-takut semasa ingin mendaftar, anda telah menghidap Penyakit Kritikal yang menyebabkan Caruman Takaful terpaksa dinaikkan. Atau lebih buruk lagi, anda tidak dibenarkan mendaftar Pelan Takaful (permohonan ditolak).
Contoh situasi Harga Caruman :
- Untuk Pelan Hibah RM350,000. Umur 20, Harga Caruman Bulanan hanya serendah RM152. Manakala untuk Umur 40 mencecah RM232 sebulan. Beza RM80 sebulan.
- Untuk Pelan Medical Card. Umur 20, Harga Caruman Bulanan hanya serendah RM86. Manakala untuk Umur 40 mencecah RM104 sebulan. Beza RM18 sebulan.
- Jika ingin mengambil kedua-dua pelan, Umur 20 hanya perlu keluarkan RM238 sebulan. Manakala untuk Umur 40 perlu keluarkan RM336 sebulan.
Elemen Simpanan Persaraan di dalam Takaful
Ramai orang menganggap Takaful hanya melindungi anda Jika Anda Sakit atau Meninggal Dunia. Ia adalah fakta yang salah. Yang sebetulnya, Takaful melindungi kewangan anda dari sebarang musibah yang tak diingini DAN memberi pulangan sekiranya musibah tidak berlaku.
Di dalam Pelan Takaful, kebiasaannya akan ada Faedah Pulangan Tempoh Matang. Tempoh Matang adalah tempoh maksima untuk sesebuah pelan itu berkuatkuasa. Kebiasaannya sehingga Umur 70.
Apabila mencapai Umur atau Tempoh Matang, sejumlah wang akan diserahkan kepada pemegang polisi kerana dalam tempoh polisi berkuatkuasa tidak ada sebarang tuntutan dibuat.
Pulangan ini boleh dijadikan sebagai Pulangan Simpanan Persaraan. Ini bermaksud lagi cepat seseorang daftar pelan takaful, lagi awallah dia dapat menyediakan Tabung Persaraan. Jadi, mulakan simpanan persaraan di usia muda.
Takaful Bukan Hanya Melindungi Anda
Ramai golongan muda beranggapan, mereka tidak perlukan Takaful kerana belum mempunyai tanggungan dan kewajipan dengan alasan belum berkeluarga.
Dalam masa yang sama golongan muda juga lupa akan segala hutang-hutang yang sedang dan bakal dibuat seperti pinjaman beli kereta, kad kredit, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi dan duit belanja bulanan kepada keluarga.
Perlu diberi perhatian, segala hutang yang dibuat setelah berlakunya kematian, akan dipindahkan kepada ibu bapa atau waris. Dan, perlu juga untuk diingatkan bahawa jika berlakunya hilang upaya atau penyakit kritikal anda tidak lagi mampu bekerja. Segala perbelanjaan perlu ditanggung keluarga.
Di sini Pelan Takaful Hibah berfungsi. Ia melindungi keluarga yang akan terus menjaga jika sakit tidak mampu bekerja. Dan, memudahkan mereka dalam melangsaikan segala hutang-hutang sekiranya berlaku kematian.
Jangan juga lupa jika anda dimasukkan ke hospital, kos rawatan masa kini sangatlah tinggi. Untuk itu, anda wajib mempunyai Pelan Medical Card untuk melindungi aliran kewangan anda.
Kesimpulannya, kami mengharapkan semua golongan muda menerima keterbukaan, menyedari kepentingan dan mendaftar Pelan Takaful seawal yang mungkin. Yang pasti, Takaful sama sekali tidak akan merugikan kewangan bulanan anda. Ia bakal memudahkan urusan semua pihak disekeliling anda yang anda sayangi dan sentiasa menyayangi anda.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda