Di dalam Pelan Takaful Hibah AIA, terdapat 2 tuntutan besar yang anda boleh lakukan. Tuntutan Jika Berlaku Kematian dan Tuntutan Jika Berlaku Penyakit Kritikal / Hilang Upaya. Rujuk senarai penyakit yang dilindungi oleh AIA di sini. Sebelum kami menerangkan prosedur membuat tuntutan, mohon kongsikan info ini kepada semua khususnya waris atau penama di polisi anda agar segalanya berjalan lancar.
Langkah 1 : Muat Turun dan Isi Borang Tuntutan Penyakit Kritikal AIA
a. Klik di sini untuk Muat Turun Borang Tuntutan.
b. Isi dan lengkapkan Borang Tuntutan.
Langkah 2 : Sediakan Salinan Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Disahkan
- Borang Tuntutan.
- Penyataan Pakar Perubatan.
- Kad Pengenalan Orang Yang Diinsuranskan.
- 5 salinan Borang Keizinan dan Kad Temujanji Pesakit.
- Semua laporan keputusan ujian kesihatan termasuk imbasan MRI/CT, Dialisis dan lain-lain.
- Kad Pengenalan Penuntut (jika penuntut lain daripada Orang Yang Diinsuranskan).
- Polisi Asal Penuntut (jika penuntut lain daripada Orang Yang Diinsuranskan).
- Bil (Invois/Penyata) dan resit asal termasuk resit deposit untuk Manfaat Rawatan Penyakit Kritikal Luar Negara.
- Salinan Paspot yang menunjukkan biodata,tarikh keberangkatan dari Malaysia dan ketibaan di luar negara atau salinan tiket penerbangan / Boarding Pas untuk Manfaat Rawatan Penyakit Kritikal Luar Negara.
Langkah 3 : Hantar Ke Cawangan AIA berhampiran
Hubungi Ejen Takaful Anda untuk mengetahui di mana cawangan terdekat untuk berurusan atau Hubungi Careline AIA di talian : 1800-88-8922
Semoga info ini memudahkan urusan anda dan keluarga di masa hadapan. Bagi yang belum mempunyai Pelan Takaful Hibah, dapatkan segera sebagai persediaan masa depan anda dan keluarga.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda