Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar Pelan Takaful dengan AIA Public Takaful Berhad. Berikut adalah langkah-langkah yang wajar anda lakukan, bagi memastikan anda tahu dan sedar tentang perlindungan yang anda perolehi. Ia juga amat penting untuk rujukan masa depan anda dan keluarga.
Langkah 1 : Daftar Portal AIA+
1. Klik Daftar Portal AIA+.
2. Masukkan detail-detail yang dikehendaki. Gunakan Nombor Polisi (Proposal No.) seperti yang diberikan oleh ejen anda.
3. Tetapkan serta ingat ‘User ID‘ dan ‘Password‘.
4. Jika ada masalah, sila hubungi ejen atau careline AIA di talian 1800-88-8922 untuk bantuan.
Langkah 2 : Muat Turun Aplikasi AIA+
1. Muat Turun Aplikasi AIA+ Malaysia dari Apps Store atau Google Play.
2. Masukkan ‘User ID’ dan ‘Password’.
Langkah 3 : Semak dan Kemaskini Detail Peribadi
1. Menggunakan Aplikasi AIA+ Malaysia, semak detail polisi dengan menekan butang ‘Plans & Claims’ dibahagian bawah.
2. Kemaskini detail peribadi jika perlu.
3. Anda boleh memuat turun e-Policy untuk semakan lebih terperinci berkenaan pelan takaful anda.
4. Sebarang soalan berkenaan aplikasi AIA+ Malaysia dan e-Policy boleh ditanya kepada ejen.
Langkah 4 : Jawab Soalan Kaji Selidik Takaful
1. Kaji Selidik Takaful ini wajar dikemaskini setiap tahun bermula dari tarikh polisi didaftarkan.
2. Untuk mejawab soalan kaji selidik, pergi dibahagian ‘Financial Health Check‘, tekan butang ‘Review Your Coverage‘.
3. Jawab dengan penuh teliti.
Langkah 5 : Ketahui Cara Membuat Tuntutan
1. Untuk Tuntutan Jika Berlaku Kematian, klik di sini.
2. Untuk Tuntutan Jika Berlaku Penyakit Kritikal, klik di sini.
3. Untuk Cara Guna Medical Card AIA, klik di sini.
4. Untuk semakan senarai Hospital dan Klinik Panel AIA, klik di sini.
Langkah 6 : Maklumkan Kepada Waris, Keluarga dan Kenalan Rapat
1. Kami amat mengalukan semua pemegang polisi Pelan Takaful AIA untuk memaklumkan berkenaan polisi kepada semua kenalan rapat anda.
2. Beritahu juga nama ejen yang menguruskan anda beserta nombor telefon ejen.
3. Dengan langkah ini, jika ada musibah yang berlaku, keluarga dan kenalan boleh menghubungi ejen sesegera yang mungkin.
4. Langkah ini amat penting bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses tuntutan yang diperlukan.
5. Ejen perlu tahu situasi musibah anda sesegera yang mungkin bagi memudahkan proses tuntutan.
Langkah 7 : Sertai AIA Vitality Untuk Gaya Hidup Sihat
1. Kami juga amat menggalakkan anda untuk menyertai AIA Vitality. Hanya RM10 setiap bulan.
2. Dengan mengekalkan gaya hidup sihat, anda boleh mendapat banyak ganjaran dari program ini.
3. Semak detail AIA Vitality di aplikasi AIA+ Malaysia. Atau, hubungi ejen untuk keterangan lebih lanjut.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda