RM19 Pampasan Kematian RM250,000? Anda mungkin rasa kagum dan beruntung apabila ada sesetengah pihak menghubungi anda secara talian (call) dan tawarkan polisi insurans atau takaful sangat murah dengan perlindungan besar dan banyak. Apakah realitinya? Kenapa murah sangat? Betulkah berbaloi?
Apa itu Insurans PA?
Dikenali sebagai Personal Accident Insurance (PA Insurance) atau Insurans Kemalangan Peribadi. Secara asasnya, perlindungan ini hanyalah melindungi sebarang musibah yang berlaku akibat Kemalangan sahaja.
Polisi ini kebiasaannya merangkumi perlindungan seperti berlaku Kematian, Hilang Upaya atau Cacat Kekal, Pembayaran Perubatan jika dimasukkan ke hospital, Elaun Wad dan lain-lain. Tetapi, pampasan atau tuntutan hanya boleh dibuat jika disebabkan Kemalangan. Jika selain dari sebab Kemalangan, pampasan dan tuntutan tidak boleh dibuat sama sekali.
Maka, anda kini tahu kenapa ianya murah walaupun memiliki jumlah perlindungan besar.
Beza Insurans PA dan Takaful Hibah?
Sebagai alternatif, anda boleh mengambil Takaful Hibah. Takaful Hibah bukan sahaja melindungi kemalangan, malah jika terkena penyakit dan lain-lain juga anda turut dibenarkan untuk membuat tuntutan. Takaful Hibah juga menggunakan konsep hibah, segala pampasan akan diberi kepada penama yang ditetapkan tanpa melalui proses faraid. Tidak seperti Insurans PA yang mewajibkan proses mahkamah dan faraid. Semestinya perlukan masa yang lama dan kos guaman yang tinggi untuk dapat kepada waris-waris.
Bilakah anda perlu mengambil Insurans PA / Takaful PA?
Ada beza antara Insurans dan Takaful. Jika anda seorang Islam, semestinya anda wajib tolak Insurans kerana ia tidak patuh shariah. Rujuk di sini untuk perbezaan lengkap.
Tetapi sekiranya ada pihak-pihak yang menawarkan Polisi PA dalam bentuk Takaful. Wajar untuk anda titikberatkan beberapa perkara :
- Anda perlu pastikan adakah ia betul-betul Takaful.
- Anda perlu memikirkan apakah anda sudah memiliki Pelan Takaful Hibah. Jika belum, daftar Takaful Hibah dahulu. Pastikan ia betul-betul sesuai dengan keadaan semasa keluarga anda. Rujuk Pelan Takaful Hibah untuk detail lebih lengkap.
- Lihat kepada kesesuaian semasa. Jika kerja anda memerlukan anda berada di jalanraya pada kebanyakkan masa, ia sangat sesuai. Anda boleh dapatkan Pelan Takaful PA dari AIA yang sah ianya Takaful. Jika tidak, memadai hanya dengan Pelan Takaful Hibah.
Saranan kami, buatlah bajet yang sebaiknya untuk mendapatkan polisi yang lebih efektif dan berkualiti demi menjamin masa depan anda dan keluarga.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda