Pelan Simpanan dan Pelaburan

Anda mempunyai lebihan simpanan dan ingin menggandakan simpanan anda melalui pelan pelaburan. Tetapi, anda risau adakah simpanan berpelaburan anda selamat, dijamin dan berkesan dalam keadaan ekonomi yang mendukacitakan ini.

Di AIA, kami menyediakan pelan endowmen (endowment plan), Pelan Pelaburan yang diuruskan oleh Syarikat Takaful. Kebaikan paling hebat adalah, pelan ini memastikan simpanan anda tidak akan mengalami pembekuan harta (asset freezing) sekiranya musibah berlaku.

Siapakah yang wajar dan layak untuk menyertai pelan pelaburan ini?

  • Anda yang mencari alternatif pelan persaraan selain KWSP atau EPF.
  • Anda yang mencari alternatif pelan pelaburan selain dari Unit Amanah (Unit Trust), ASB, Tabung Haji, Deposit Tetap (Fixed Deposit) dan Hartanah.
  • Anda yang mencari Pelan Simpanan Pelaburan untuk masa depan anak-anak.
  • Anda yang mencari platform simpanan dan pelaburan yang bebas risiko.
  • Anda mencari Pelan Pelaburan Patuh Syariah.

Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Pelaburan AIA?

  • Pilihan Pelan Simpanan
  • Bonus Ganjaran Tunai Tahunan
  • Dividen Tahunan
  • Bonus Tempoh Matang
  • Takaful Percuma

Faedah Pelan Pelaburan AIA

Pilihan Pelan Simpanan

Terdapat 2 pelan pilihan :

  • Pelan 10Pay25

Simpanan hanya 10 Tahun, Faedah sehingga 25 Tahun.

  • Pelan 20Pay30

Simpanan hanya 20 Tahun, Faedah sehingga 30 Tahun.

Cara memilih Pelan Simpanan :

Dengan menganggar berapa lama tempoh maksima untuk anda mendapat jumlah pulangan akhir simpanan anda.

Bonus Ganjaran Tunai Tahunan

Bonus ini adalah bonus terjamin.

  • Pelan 10Pay25 : Sehingga 165% Jumlah Perlindungan
  • Pelan 20Pay30 : Sehingga 170% Jumlah Perlindungan

Jumlah Perlindungan adalah Nilai pada bahagian takaful.

Dividen Tahunan

Mengikut track record AIA, jumlah dividen tahunan adalah diantara 4% – 19% mengikut keadaan ekonomi tempatan.

Bonus Tempoh Matang

  • Pelan 10Pay25

Apabila anda mencapai tahun ke 25, anda akan menerima jumlah tambahan sebanyak 120% dari Jumlah Perlindungan.

  • Pelan 20Pay30

Apabila anda mencapai tahun ke 25, anda akan menerima jumlah tambahan sebanyak 150% dari Jumlah Perlindungan.

Takaful Percuma

Setiap individu yang mendaftar pelan ini akan menerima jumlah perlindungan sebanyak 3 kali ganda simpanan tahunan. Contoh : Simpanan Tahunan sebanyak RM50,000. Jumlah Perlindungan (Takaful) adalah RM150,000. Jumlah Takaful ini boleh dituntut dengan 2 cara :

  • Berlaku Kematian atau
  • Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

Contoh Kiraan Pelan Pelaburan Simpanan dan Pulangan

Pelan 10Pay25, Simpanan Tahunan RM20,000

Jumlah Simpanan selama 10 Tahun RM200,000
Bonus Ganjaran Tunai Tahunan RM99,000
Dividen Tahunan Anggaran 5%
Bonus Tempoh Matang RM72,000
Takaful Percuma RM60,000
Jumlah Pulangan Simpanan pada Tahun ke 25 RM474,507

Pelan 10Pay25, Simpanan Tahunan RM50,000

Jumlah Simpanan selama 10 Tahun RM500,000
Bonus Ganjaran Tunai Tahunan RM247,500
Dividen Tahunan Anggaran 5%
Bonus Tempoh Matang RM180,000
Takaful Percuma RM150,000
Jumlah Pulangan Simpanan pada Tahun ke 25 RM1,245,963

Pelan 20Pay30, Simpanan Tahunan RM10,000

Jumlah Simpanan selama 20 Tahun RM200,000
Bonus Ganjaran Tunai Tahunan RM85,000
Dividen Tahunan Anggaran 5%
Bonus Tempoh Matang RM75,000
Takaful Percuma RM50,000
Jumlah Pulangan Simpanan pada Tahun ke 30 RM438,954

Pelan 20Pay30, Simpanan Tahunan RM25,000

Jumlah Simpanan selama 20 Tahun RM500,000
Bonus Ganjaran Tunai Tahunan RM221,000
Dividen Tahunan Anggaran 5%
Bonus Tempoh Matang RM195,000
Takaful Percuma RM130,000
Jumlah Pulangan Simpanan pada Tahun ke 30 RM1,093,490

Berapa Kadar Simpanan Yang Sesuai Untuk Pelan Pelaburan AIA?

Simpanan Tahunan minima adalah RM5,000 (RM417 Sebulan).

Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Pelaburan AIA adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh sederhana panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang sederhana panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 atau 20 Tahun.

Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :

  • A-EnrichGold-i

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

Permohonan anda telah dihantar. Perunding kami akan menghubungi anda dalam sedikit masa. Terima Kasih.
Terdapat kesalahan pada borang. Sila semak kembali. Atau Hubungi 014-2988849 Untuk Bantuan.