Anda wajib menyediakan Pelan Perlindungan AIA Public Takaful ini untuk setiap orang anak anda. Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful dan bagaimana cara kiraan pampasan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anak anda.

Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Takaful Anak?

  • Medical Card Hospital (Kad Perubatan)
  • Simpanan Pendidikan
  • Pampasan Penyakit Kritikal Kanak-Kanak
  • Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh
  • Pampasan Kematian (Hibah Ehsan)

Pelan Takaful Anak AIA

Medical Card Hospital (Kad Perubatan)

Kenapa Perlu?

Anak adalah fragile. Mereka mudah terdedah dengan penyakit berjangkit akibat immune system yang masih lemah. Oleh itu, perlindungan kos rawatan di hospital adalah amat penting. Lumrahnya, rawatan di hospital kerajaan memakan masa yang sangat panjang kerana kesesakannya.

Alternatif, hospital swasta lebih cepat tetapi memerlukan kos rawatan yang tinggi. Maka, perlindungan ini memudahkan urusan jika anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Mudah, cepat, efisyen dan tidak perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi.

Bagaimana Menentukan Pelan Terbaik?

Anda jangan risau. Di AIA, kami menawarkan Pelan Medical Card terbaik dengan harga yang munasabah. Berdasarkan kajian dan pengalaman, pelan ini sangat efisyen bagi setiap kanak-kanak. Detail adalah seperti berikut :

Pilihan Pelan Had Tahunan
Pelan Bilik 180 RM180,000
Pelan Bilik 250 RM250,000
Pelan Bilik 350 RM350,000
Had Seumur Hidup Tiada Had

Rujuk Artikel Pelan Medical Card untuk Detail dan Harga lebih lanjut.

Simpanan Pendidikan

Kenapa Perlu?

Fokus kepada perbelanjaan mereka selepas umur 18 sehingga 23. Dalam tempoh ini, kos untuk masuk ke Universiti atau Kolej adalah sangat besar. Maka, mereka perlukan Tabung Simpanan Pendidikan mulai hari ini. Di AIA, simpanan ini akan dilaburkan agar jumlah simpanan meningkat.

Berapa Peruntukan Simpanan?

Terpulang kepada kemampuan menyimpan secara konsisten. Sebagai contoh, anak anda berusia 4 tahun. Tempoh mencapai umur 18 adalah 14 tahun. Jika menyimpan RM50 sebulan, semasa umur 18, anak anda mempunyai nilai simpanan sekurang-kurangnya RM8,400 (belum termasuk dividen dari AIA).

Pampasan Penyakit Kritikal Kanak-Kanak

Kenapa Perlu?

Sebagai contoh, anak anda menghidapi penyakit Kanser atau Epilepsi. Secara tidak langsung, anak anda perlu penjagaan kesihatan yang terperinci untuk 1 tempoh yang lama. Pampasan ini akan digunakan sebagai sokongan kos rawatan tambahan sepanjang tempoh pemulihan.

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Menjadi kebiasaan apabila berlakunya penyakit kritikal kanak-kanak, tempoh pemulihan adalah 10 hingga 15 Tahun. Contoh kiraan :

Jumlah pampasan = Perbelanjaan Bulanan Anak X 10 Tahun

Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh

Kenapa Perlu?

Ia berkemungkinan akibat kemalangan atau penyakit yang. Ia juga memungkinkan anak anda sukar untuk ke sekolah. Maka, pampasan ini akan digunakan sebagai sokongan kos perbelanjaan tambahan sepanjang tempoh pembesaran.

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Di AIA, Pampasan ini adalah sama dengan Pampasan Kematian. Anda boleh mendapatkan Perlindungan ini secara Percuma tanpa sebarang caruman tambahan.

Pampasan Kematian (Hibah Ehsan)

Kenapa Perlu?

Apabila berlaku kematian kepada anak, pastinya kesedihan itu tidak dapat dinafikan. AIA menyediakan Hibah Ehsan dalam bentuk tunai agar ianya boleh dimanfaatkan seperti :

  • Perbelanjaan untuk menghilangkan kesedihan keluarga.
  • Hibah kepada masjid/madrasah sebagai amal jariah (saham akhirat).

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Pampasan tidak perlu terlalu tinggi dengan alasan, anak bukan ketua keluarga yang mencari nafkah dan mereka tidak meninggalkan hutang. Maka, adalah sesuai jika jumlah pampasan ini diletakkan rendah contohnya RM10,000 atau RM15,000.

Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Takaful Anak?

Kami syorkan ada pecahkan kepada 2 Polisi Takaful Berasingan :

  • Untuk Polisi Pelan Medical Card : Maksima Caruman Bulanan memadai dengan RM200.
  • Untuk Polisi Pelan Simpanan + Hibah (Simpanan Pendidikan + Pampasan Penyakit Kritikal Kanak-Kanak + Pampasan Hilang Upaya + Pampasan Kematian) : Caruman Bulanan minima, RM150.

Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Anak adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.