Setiap orang mempunyai impian dan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Sama ada untuk persaraan awal, membiayai pendidikan anak-anak, menunaikan ibadah Haji dan Umrah, atau sekadar membina tabung simpanan yang kukuh, perancangan kewangan yang teliti adalah kuncinya.
Menyedari keperluan ini, AIA memperkenalkan Pelan Endowmen AIA, satu pelan simpanan Takaful patuh Syariah yang direka unik untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Maksud Pelan Endowmen
Secara ringkas, pelan endowmen (endowment plan) adalah sejenis produk Takaful yang menggabungkan dua elemen utama: simpanan dan perlindungan. Pelan Endowmen AIA bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya, tetapi ia juga menawarkan pembayaran tunai terjamin pada tempoh matang dan sepanjang tempoh sijil. Ini menjadikannya alat yang berkesan untuk simpanan secara berdisiplin bagi mencapai matlamat kewangan jangka panjang.
Pelan ini menggabungkan elemen simpanan berjangka pendek, perlindungan kewangan, dan potensi pulangan pelaburan dalam satu produk yang komprehensif.
Faedah Asas Pelan Endowmen AIA
Pelan Endowmen AIA direka untuk memberikan fleksibiliti dan pulangan yang optimum kepada pesertanya.
1. Tempoh Pembayaran Caruman yang Singkat
Pelan ini menawarkan dua pilihan tempoh pembayaran caruman yang lebih pendek berbanding tempoh perlindungan, membolehkan anda merancang kewangan dengan lebih mudah:
- Jenis 1 (10Pay25): Bayar sumbangan (caruman) selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan dan faedah sehingga 25 tahun.
- Jenis 2 (20Pay30): Bayar sumbangan (caruman) selama 20 tahun untuk menikmati perlindungan dan faedah sehingga 30 tahun.
2. Faedah Gaya Hidup: Pulangan Tunai Berkala
Salah satu tarikan utama pelan Endowmen AIA ialah pembayaran atau pulangan tunai berkala yang dipanggil Faedah Gaya Hidup. Anda akan menerima peratusan daripada Jumlah Perlindungan Asas anda pada sela masa tertentu, yang mana jumlahnya meningkat dari semasa ke semasa. Ini memberikan anda aliran tunai tambahan untuk apa jua keperluan kehidupan anda.
Berikut adalah jadual kiraan Faedah Gaya Hidup berdasarkan contoh Jumlah Perlindungan Asas (JPA) sebanyak RM100,000:
- Jenis 1: Pelan 10Pay25
Akhir Tahun Sijil | % dari JPA | Amaun Contoh |
---|---|---|
Tahun 2 hingga 10 (setiap 2 tahun) | 5% | RM5,000 |
Tahun 11 hingga 20 (tahunan) | 8% | RM8,000 |
Tahun 21 hingga 25 (tahunan) | 12% | RM12,000 |
Jumlah Keseluruhan | 165% | RM165,000 |
- Jenis 2: Pelan 20Pay30
Akhir Tahun Sijil | % dari JPA | Amaun Contoh |
---|---|---|
Tahun 2 hingga 20 (setiap 2 tahun) | 5% | RM5,000 |
Tahun 21 hingga 30 (tahunan) | 12% | RM12,000 |
Jumlah Keseluruhan | 170% | RM170,000 |
3. Faedah Matang yang Lumayan
Apabila sijil anda mencapai tempoh matang, anda akan menerima bayaran sekali gus yang merangkumi:
- Pelan 10Pay25: 120% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
- Pelan 20Pay30: 150% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
Bayaran ini akan ditambah dengan nilai akaun pelaburan anda (jika ada) dan sebarang Faedah Gaya Hidup Terkumpul.
4. Potensi Pertumbuhan Pelaburan
Sebahagian daripada caruman anda (30%) akan diperuntukkan ke dalam Tabung Dana Pelaburan untuk dilaburkan dalam dana patuh Syariah AIA pilihan anda. Ini memberi peluang kepada simpanan anda untuk berkembang dan berpotensi mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Anda juga diberi fleksibiliti untuk menambah pelaburan atau mengeluarkan sebahagian dana apabila diperlukan.
5. Perlindungan Takaful yang Komprehensif
Pelan Endowmen AIA tidak hanya tertumpu kepada simpanan, tetapi juga menyediakan jaring keselamatan kewangan untuk anda dan keluarga:
- Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Waris akan menerima sekurang-kurangnya 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau jumlah Faedah Gaya Hidup yang belum dibayar ditambah 100% Jumlah Perlindungan Asas (yang mana lebih tinggi).
- Kematian atau HUMK Akibat Kemalangan: Manfaat Takaful akan digandakan dengan tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
6. Faedah Pengecualian Caruman (Waiver)
Anda mungkin tertanya-tanya, apa yang akan berlaku kepada caruman jika anda ditimpa musibah seperti penyakit kritikal atau hilang upaya kekal? Di sinilah pentingnya manfaat tambahan (dikenali sebagai rider) Pengecualian Caruman.
Manfaat ini akan memastikan sijil Endowmen AIA anda terus berkuat kuasa tanpa perlu anda membayar caruman lagi. AIA akan mengambil alih pembayaran tersebut, membolehkan anda fokus kepada pemulihan manakala matlamat simpanan anda terus berjalan.
Siapa yang Layak Memohon Pelan Endowmen AIA?
Pelan Pelan Endowmen AIA terbuka kepada individu yang berumur antara 14 hari sehingga 65 tahun, dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM15,000. Hubungi kami untuk tahu berapa sumbangan (caruman) yang perlu dibuat secara bulanan atau tahunan.
Siapakah yang Sesuai Menyertai Pelan Endowmen AIA?
Pelan ini amat relevan untuk anda yang:
- Ingin mencari alternatif pelan persaraan selain KWSP/EPF.
- Sedang mempertimbangkan pilihan pelaburan selain Unit Amanah (Unit Trust), ASB, Tabung Haji, Deposit Tetap (Fixed Deposit), atau hartanah.
- Merancang simpanan pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak.
- Mengutamakan platform simpanan dan pelaburan yang stabil serta bebas risiko.
- Mencari pelan pelaburan yang patuh Syariah dan selari dengan prinsip Takaful.
Contoh Ilustrasi Pulangan dan Perlindungan
Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat jadual perbandingan bagi Ali, berumur 40, yang mengambil pelan dengan Jumlah Perlindungan Asas sebanyak RM100,000.
Ciri-ciri & Faedah | Pelan 10Pay25 | Pelan 20Pay30 |
---|---|---|
Sumbangan Anda (Pelaburan) | ||
Sumbangan Tahunan | RM32,087 | RM19,948 |
Tempoh Sumbangan | 10 Tahun | 20 Tahun |
Jumlah Sumbangan | RM320,870 | RM398,960 |
Potensi Pulangan Tunai | ||
Pulangan Tunai Dijamin | RM165,000 | RM170,000 |
Faedah Matang Dijamin | RM120,000 | RM150,000 |
Potensi Tunai Tidak Dijamin (Bergantung pada prestasi dana) |
≈ RM167,700 | ≈ RM203,600 |
Anggaran Jumlah Keuntungan | ≈ RM131,830 | ≈ RM124,640 |
Perlindungan Takaful | ||
Kematian / HUMK (Sebab Biasa) | Min. RM200,000 | Min. RM200,000 |
Kematian / HUMK (Akibat Kemalangan) | Tambahan RM100,000 | Tambahan RM100,000 |
Manfaat Pengecualian Sumbangan | Termasuk | Termasuk |
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda