Takaful Pekerja Syarikat SME AIA adalah Pelan Takaful Berkumpulan (Group Term Takaful) yang direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau Small and Medium-Sized Enterprise (SME), yang mempunyai saiz 5 hingga 200 orang pekerja, bagi menyediakan perlindungan kesihatan dan perubatan yang komprehensif untuk para pekerja mereka.
Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan majikan menawarkan satu pakej manfaat pekerja yang menarik dan fleksibel, sekali gus membantu menjaga kebajikan pekerja dan meningkatkan daya saing syarikat.
Pelan ini boleh disertai oleh pekerja yang berumur antara 16 hingga 70 tahun. Tempoh perlindungan untuk pelan ini biasanya adalah selama satu tahun dan boleh diperbaharui pada setiap tahun, selagi syarikat dan pekerja masih memenuhi syarat kelayakan.
Faedah Asas Takaful Pekerja Syarikat SME AIA
1. Faedah Medical Card untuk Hospital Panel
- Faedah ini akan memberi perlindungan kepada pekerja dalam menguruskan perbelanjaan kos rawatan di Hospital Panel AIA
- Sebagai pilihan, faedah ini juga turut memberi perlindungan kepada ahli keluarga pekerja seperti pasangan dan anak-anak.
- Pilihan Had Bilik Harian : RM80 Sehingga RM600.
- Pilihan Had Tahunan Medical Card : RM20,000 Sehingga RM160,000.
2. Faedah Medical Card untuk Klinik Panel
- Faedah ini akan memberi perlindungan kepada pekerja dalam menguruskan perbelanjaan kos rawatan di Klinik Panel AIA.
- Sebagai pilihan, faedah ini juga turut memberi perlindungan kepada ahli keluarga pekerja seperti pasangan dan anak-anak.
- Pilihan Had Tahunan Medical Card : Pilihan RM2,000 Sehingga RM5,000.
3. Manfaat Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
- Faedah ini memberi perlindungan berkenaan Pampasan Kematian (Hibah Keluarga), Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Lumpuh), Hilang Upaya Kekal Sebahagian, Penyakit Kritikal, Penyakit Terminal dan perbelanjaan penghantaran pulang jenazah sekiranya kematian di luar negara.
- Perlindungan Kematian, Pilihan Pampasan : RM20,000 Sehingga RM350,000 atau 6 hingga 48 kali ganda Gaji Bulanan.
- Perlindungan Penyakit Kritikal, pampasan akan diambil dari jumlah Pampasan Kematian mengikut peratus yang dipersetujui (Pilihan 25% Sehingga 100%). Sebagai contoh, jika pihak syarikat mengambil polisi Pampasan Kematian RM100,000. Peratus Pampasan Penyakit Kritikal 25%. Jika berlaku Penyakit Kritikal, pekerja layak menerima RM25,000. Kemudian, jika berlaku kematian kepadanya, baki RM75,000 akan dapat kepada waris.
Bagaimana Menentukan Kadar Perlindungan dan Kadar Caruman yang Sesuai untuk Takaful Pekerja Syarikat SME AIA?
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan :
- Lengkapkan dan Hantar Borang Memohon Sebutharga (di bahagian bawah).
- Kami akan hubungi anda (pihak syarikat) dan Whatsapp atau Email template Borang Takaful Pekerja dalam file Excel.
- Isi Borang Takaful Pekerja secara lengkap (rujuk langkah seterusnya).
- Tentukan Jumlah Pekerja Berdaftar dalam syarikat.
- Bahagikan mengikut Kategori Jawatan (rank). Director / Manager / Executive / Non-Executive / lain-lain.
- Senaraikan Ahli Keluarga (pasangan atau / dan anak-anak) yang ingin dilindungi bersama di dalam pelan takaful pekerja.
- Tentukan Jumlah Kadar Perlindungan dan Pampasan (medical card hospital/klinik/hibah) mengikut kesesuaian Kategori Jawatan.
- Hantarkan kembali Borang Takaful Pekerja yang telah lengkap (Whatsapp atau Email).
- Kami akan menyediakan Proposal (Quotation) Pelan Takaful Pekerja mengikut detail kesesuaian yang syarikat anda perlukan.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan syarikat anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda